Isnin, 8 April 2013

ghairah

Keghairahan seorang wanita.

Esok kerja sudah, maka aku teman EnF.E.T pergi potong rambut dekat Jusco Setiawangsa. Tengah sedap tunggu turn lalu pulak super sonic sambil menangis. Laju. Kuat raungan.

Manalah mak nye. Suka sangat tengok banner depan Jusco tu. Besar besar tulis SALE.

Yang super sonic tu pulak agaknya maknya dah pesan JANGAN PERGI KAT ORANG TAK KENAL. Maka, dia berlari la selaju mungkin dan menangis sekuat mungkin memanggil maknya. Bila sekuriti datang grab dia, meronta ronta pulak dah. Kesian. Kesian tengok super sonic tu struggle dengan mindset nya.

Kadang kadang kesian aku tengok budak yang hilang mak pak nya. Yang paknya dok salahkan maknya, yang maknya, dok salahkan anaknya tak dok menempek kat mak.

Aduhai.