Khamis, 10 Oktober 2013

TIPS BISNES ONLINE |1

Assalamualaikum.

Hari ni rakan group whatsapp memulakan bicara pasal bisnes. Cara memulakan bisnes online. Sebab si A, berniaga pakaian di universiti tempatan...manakala si B juga berniaga pakaian tetapi secara offline dan online di Rasta TTDI.

Si A menyatakan permasalahan dia kepada si B. Yakni pembekal memberikan harga yang agak mahal untuk fabric walaupun secara pukal. lalu si A bertanya kepada si B di mana dia mendapat stok fabric berkualiti tetapi murah. 


Tetapi si B merasa kan si A ingin mengganggu periuk nasik nya. Maka diherdik si B..di group whatsapp yang mempunyai 11 ahli yang lain.

Ini satu contoh yang tak baik kepada peniaga online mahupun offline yang lain. Jangan tiru aksi ini. Tapi kami 11 ahli nampak si B yang sangat kedekut ilmu. Kalau kedekut ilmu, mungkin jugak si B ni makap harga kaw kaw kaw ye dak. Entah entah kain tak kualiti tapi harga butik lah sangat. Eh banyak pulak persepsi negatif. Thihihihih ;p

Sebagai seorang peniaga anda tak perlu kedekut ilmu / info. Mungkin anda sebagai si B boleh memberikan jawapan sekadar kiasan. contohnya "aku dapat stok dari china..sebulan sekali aku ke China tengok latest fabric design". Itu satu contoh. Atau pun, jawab je jawapan selamat seperti "aku pon selalu gak kena tipu..kita sebagai pemborong kena pandai main harga". Tak perlu herdik.  


source : www.aminidris.com

Dan tanam lah dalam hati jika kita memberi / membuka pintu rezeki seseorang, kelak Allah akan buka lagi satu pintu rezeki kita. Seikhlas nya InsyaAllah. 



I believe in karma. Tak mustahil suatu hari nanti kita juga bakal melalui peristiwa yang sama. 


sedekah ilmu perniagaan pon boleh kan?

Untuk mencari pembekal yang terbaik. Bertanya lah. Malu bertanya sesat jalan. 


thisisguitarburok.blogspot.com 's image


Tiada ulasan: