Khamis, 18 Mei 2017

Dah tak terima tasbih dah ke?

Ada yang tanya, syima dah tak buat tasbih lagi ke? Tak nampak pun post pasal tasbih lately.

Alhamdulillah, masih ada yang bertanya. Syima masih lagi buat tasbih mini untuk majlis. Aqiqah ke, nikah ke, sanding ke, nak bagi hadiah kat kawan-kawan office ke. Masih lagi.

Cuma sekarang dah kurang aktif. Sebab syima dah ada pembantu. Jadi jumlah order tu dah di-limit-kan per bulan.

Kalau dulu boleh ambil dalam 1000pcs sebulan, now separuh aje. Syima pun dah into Shaklee, so sometimes masa banyak habis kat COD.

Tapi diy tasbih mini ni syima macam susah nak tinggal. Macam satu terapi pada syima. Ye lah, masa buat tasbih ni aje syima boleh layan sambil tengok Running Man ke, Star King ke, cerita korea ke kan...

Masa-masa lain syima banyak 2 way communication dengan Faiq. Faiq dah banyak sangat pengaruh TV. sobs.

Nak juggling between kerja rumah and hp je dah satu cabaran.

Next project, untuk bakal pengantin dari Kuala Terengganu. 300 pcs. And request based warna putih-pink-maroon. InsyaAllah bulan 9 atau 10 majlis nya nanti.

Once syima dapat kumpul material, syima inform (read : blog)

Now, currently syima ada ready stock lebih kurang 50 pcs. Syima nak let go RM1 per pcs. Tak termasuk kos pos. Warna pun campur-campur ni. Design pun ada pelbagai. Selalunya, design paling mahal syima tolak RM1.80 per pcs. Tu pun kalau beli 100 pcs ke atas. Kira yang ni, RM1 dah harga paling best dah.

So kalau ada yang berminat nak tempah tasbih mini dengan syima, boleh whatsapp syima 018-3252-507. Segala testimoni tasbih ada kat sidebar sebelah kanan. Boleh lah tengok-tengok kalau ada yang berkenan.


Tiada ulasan: