Isnin, 29 Oktober 2012

Separuh nafasku pergi

Separuh nafas ku pergi
Kala kau membisu
Kala kau memaling dari ku
Kala kau enggan menatap ku

Separuh nafas ku pergi
Tika kau berhenti bernadi
Tika kau melambai dalam mimpi
Tika kau kaku disisi

Separuh nafas ku pergi
Berlari mengejar pelangi
Meninggalkan jasad jiwa dan naluri
Pergi tak kan kembali

Nafasku
Dirimu nyawaku
Jangan tinggal kan aku

Aku tak mampu


P/s separuh separuh nafas ku pergi, abeh guano aku nok hiduk ni? Argggghhh

Jumaat, 26 Oktober 2012

Celik IT atau celik mata hati.

1:15 am dan aku masih celik. Buntang bagai ikan flowerhorn.

Walhal nahkoda kapal dah lame gerrrrgreeerrrkrohkorhzzzzz (sama dah kot bunyik nye)

Nak membayangkan kenangan manis kau dan aku, rase macam tak lut je dek hati aku nih. Kalau layan perasaan pantang ni meroyan lak aku. Alahai la haih.....

Blogwalking lah. (senang betul aku jump conclusion)

P/s tajuk kat atas ,, dua dua pon bukan. Huehuehue ;)

Isnin, 22 Oktober 2012

i love you, thank you

Teringat pulak saat Iman seronok menendang..[asyik teringat je haih~] betul2 sibuk menunjuk aksi time harimau melaya vs kelantan aritu.
Aku pon layan walaupun sakit sikit. Aku usap usap perut dia balas gelombang tsunami. Senak kejap. Siap nak terkencing [hampir].
Tp cuma tinggal memori.
Pengalaman mengandungkan Iman walaupun 4 bulan, macam dah lengkap 9 bulan. Sebab aku sempat merasa pergerakan, aku sempat rasa air ketuban pecah, sempat jugak merasa contraction dan bersalin secara normal.

terima kasih Ya Allah.

Ahad, 21 Oktober 2012

Nangis


Allah tak kan bagi dugaan pada hambaNya kalau hambaNya itu tak mampu nak hadapinya-pesan seorang sahabat aku kat twitter


Memang saat kat wad kecemasan Hospital Ampang aku boleh terima kenyataan. Sebab aku tau air ketuban tu tempat tinggal baby kita.
Saat suami tersayang menitiskan air mata pon aku boleh tahan lagi kesedihan aku.
Tika aku rasa contraction pon aku okay. Walaupun aku tau kalau Iman keluar tamat la segala-galanya.
Bila ramai kawan kawan text, twit, ziarah, aku masih lagi bertahan.
Even kawan kawan ibu datang ziarah, aku masih lagi biasa.

Cuma aku jadi tak keruan bila aku bengkak susu. Aku tahan. Aku keraskan hati tak nak perah sebab aku tau susu keluar on demand. Kalau perah, akan ada production. And continuous. Tapi menjelang malam aku da rasa macam nak demam, aku MENGALAH. Aku urut pelan pelan dan keluar la kolestrum. Saat tu aku jadi lemah. Cairan kuning yang terbaik untuk newborn menitis dan aku hanya mampu melihat. Aku jadi tak kuat. Semalaman aku nangis. Tangisan aku sama banyak dengan titisan susu. Setitis susu, setitis la air mata aku.

Aku beruntung susu melimpah ruah, tapi aku tak punya anak untuk diberi susu.


p/s: Bila aku baca post Farah Lee ni..sedikit sebanyak terubat lara hati.






Sabtu, 20 Oktober 2012

kehilangan IMAN

Aku dalam mood sedih. Aku keguguran kandungan 4 bulan. Cukup sifat dan bernyawa. Aku namakan dia Iman.


Aku betul betul tak kuat. Mungkin kalau Iman baru seketul darah aku tak ralat sangat. Ni aku siap rasa contraction, air ketuban pecah, bersalin dan tatap die yang dah tak bernyawa. Hanya tuhan je yang tahu perasaan aku.


Akan sentiasa aku ingat walaupun kalender dah takde.

 Ni je yang berjaya aku pump sebab tak reti guna

Selebihnya kat baju ni ngan kain lap

Iman sayang. Umi tak mampu nak tahan kesedihan umi. Setitis air susu, setitis la air mata umi gugur.

Khamis, 18 Oktober 2012

New chapter. 21 January 2012.

It takes so long for me to finish this entry. But then cuma gambar je sebenarnya.