Sabtu, 16 Januari 2016

10 yang penting

It suppose to be sharing article. Tapi takut susah nak jumpa. So jadi lah note.
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB... . Tulisan Dato Roslan Abd Hamid . Saya jumpa lelaki tua ini.. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.. Baca al Quran.. Umur dlm 70an.. . Duduk rumah dkt masjid.. Rumah agam besar & menarik.. Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta.. . Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.. . Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. Katanya malu.. Saya minta 1 formula, dia berikan 10... . Saya catat & mahu kongsikan.. . 1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa.. Doa ibubapa adalah segala galanya.. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. Doakan mereka apabila telah tiada.. . 2. Jaga masa.. Ia datang & berakhir.. Urus masa antara 5 waktu solat.. Atur kerja dgn sebaik cara.. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan.. Berada di masjid, sebelum azan.. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.. . 3. Berdoa dgn khusyuk.. Berserah pada Allah & bertawakal lah.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. . 4. Namun begitu, kena lah berusaha.. Usaha pagi ptg siang & mlm.. Usaha lah bersungguh2.. Usaha bermula dgn berniat.. Lepas itu buat, sampai dpt.. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula.. Adakan masa utk baca Al-Quran.. Maka dia pun nasihatkan saya.. "Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran.. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas.. Kadang2 sampai 1000 kali sehari.. . 5. Jaga Kesihatan.. Banyak kan berjalan kaki.. Banyaknkan minum air masak atau air mineral.. Jaga pemakanan.. . 6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan.. Ikat perut & usah membazir.. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan.. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan.. Sentiasa lah belanja org mkn & minum.. Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu.. Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai org susah.. Belanja mereka mkn & minum.. . 7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... Apabila dlm perjalanan, berhenti.. Cari lah masjid.. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur.. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama.. Boleh dgr org mengajar.. Boleh juga baca kitab.. Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi.. Siapkan bahan utk kerja esok hari.. . 8. Usah takut jumpa org.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.. Biar kita merangkak panjat bangunan.. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri.. . 9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.. Usah cakap sakit.. Apabila sakit, senyum.. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga.. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina.. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org.. . 10. Niat kan mahu kaya.. Niat kan mahu bantu ramai org.. Niat mahu jadi manusia berguna.. Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah.. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.. Maka tulis alamat betul2...
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

Rabu, 13 Januari 2016

Misi 2016

Kitorg start 2016 ni dengan misi nak kenalkan Faiq Iman dengan buku. Sebenarnya bukan buku je, lebih kepada nak kasi dia kenal sharing tu apa..kasi dia surround dengan yang sebaya dengan dia jugak. Yang mana pernah tengok Faiq ni live, dorang tau la betapa anak aku suka sangat terms "no share". Hatta harta orang pon harta dia.

Tapi kita mak mak jangan la risau. Masa anak anak 1 hingga 3 tahun ni lah masa yang kritikal nak nak anak sulung. Dorang memang tak boleh nak terima sharing tu ape kebende. And anak kita semua tak sama. Masakan tidak, anak buah aku Si Hana tu rilek je kongsi barang ngan Faiq. Tapi bila Faiq dapat, dia buat harta. kohkohkoh. Kesian kawan tu.

Faiq wake at 12 that day so agak lambat untuk ke library sebenarnya. Ye nak makan lagi.. Nak siapkan diri lagi. Walaupun aku dah rush makan sikit je..tetap lah pukul 2.30 ptg jugak sampai nya.

Depan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), kitorang clueless. Mana nak parking. Sebab aku ada buat research sikit, PNM tutup pukul 4 ptg on Sunday and parking fee max RM8. Kan ke tak berbaloi kalau just 2 hours nak pi bayaq parking.

Rupa-rupanya, free parking dek non. Nasib laki aku pi tanya. And parking ada je..maklumlah manusia mana yang nak pergi PNM nye pon. Parent nowadays lebih kepada gadget dari bahan fizikal. Kitorang je pelik.

After register sebab kitorang memang dah aim nak pinjam buku..Ayah naik bangunan utama while ummi and Faiq terus straight ke bangunan sebelah. Pergi ke Perpustakaan Kanak-Kanak.



Aku agak impress gak ler. Sebab rata rata budak yang ada kat dalam tu, semua baca buku. Speaking lagi. Agak senyap untuk library budak budak. Kalau korang pernah masuk mana mana library kids, kompem korang boleh imagine betapa pasar nya library kids kan..But here, aku rasa tak de langsung semak kepala. Infact, Faiq pon behave je..duduk kat kerusi baca buku. Selak satu muka surat pastu cakap "Dah habis" kahkahkah.
Macam tu sehari je boleh khatam semua koleksi PNM.

Alangkan dah sampai, aku pon dah register untuk pinjam, So untuk Faiq, aku amik 3 buku. Limit utk pinjam per IC, 6 buah. So aku simpan 3 untuk aku. Ayah pulak is on mission to complete 100 novels before 2016 end. So pakat pakat buku mana nak pinjam, ayah pergi carik kat bahagian pinjaman.
Sadly, no buku dah ada, siap bagitau available lagi. Tapi buku nya takde. Aku rasa semua perpustakaan kat Malaysia ni camni kot. Sebab ni bukan our first library.

Aku dengan ayahya pulang dengan kecewa. But not for Faiq.
Disebabkan ada 1 hour left before senja, kitorang lanjutkan visit ke Tasik Titiwangsa. Sejak cuaca tak menentu ni, susah nak cakap bila je anak aku main kat luar.

Sampai ketemu PNM. Aku akan sedia kan list lain untuk pinjam for next visit.