Isnin, 4 Februari 2019

RESEPI LEMAK CILI API AYAM

Assalamualaikum penggemar masak lemak cili api nismilan.

Hari ni, syima share resepi lemak cili api ayam, antara resepi pantas sebab boleh dibahagi untuk Faiq jugak.

Mostly lauk ni lauk weekdays, sebab weekdays hari rushing syima. Nak masak lauk macam macam jenis memang tak dan since pagi syima banyak COD Shaklee sekitar Ipoh. By 1pm pulak Faiq dah balik sekolah. So, nak tak nak kena pikir lauk yang one pot siap dengan sayuran sekali.

Today, sayur apa semua dah habis. Just kentang je ada. So boleh lah jugak.

Hehe.

masak lemak cili api ayam negeri sembilan

Jom kita cek bahan untuk resepi ni (untuk 3 orang)

✓Santan dari sebiji kelapa parut
✓Cili api ditumbuk lumat, secukupnya (syima guna 13 biji)
✓Serai (1 batang diketuk)
✓Asam keping (sekeping)
✓Ayam (6 ketul untuk 2 kali makan)
✓Kentang saiz sederhana dibelah 4 (2 biji)
✓Garam secukupnya


Cara-cara nya seperti berikut:-

1. Mula mula sekali syima didihkan santan bersama serai dan asam keping. Santan hendaklah sentiasa dikacau untuk elak berketul-ketul.

2. Setelah mendidih, syima masukkan kentang. Tunggu kentang separuh masak.

3. Sebaik kentang separuh masak, syima masukkan ayam.

4. Tunggu sehingga ayam masak dan santan mendidih kembali.

5. Bila dah siap, masa ni syima asingkan untuk Faiq. Remember syima tak masukkan lagi cili api?

6. Siap asingkan yang tak pedas, syima masukkan cili api. Kacau sebati dan kecilkan api untuk tunggu lemak pecah minyak.

7. Lepas pecah minyak, masak lemak cili api korang dah siap.


Cepat dan mudah. Orang kata masak ni kejap je, prep yang lama betul tak?

Syima boleh kata seminggu ada dalam 2 ke 4 kali makan lauk yang bertema kan santan. Tak kisah lah masak lemak, gulai atau kari. Or even nasi lemak.

Bila dah kerap macam ni, syima kena lebih berhati hati dengan kolestrol.

Untuk lebih sihat, boleh ganti santan kepada santan kotak atau susu cair atau susu dutch lady. Tapi syima kurang gemar. Rasa tak kick.

Dengan itu, syima lebih gemar untuk pastikan diri syima kekal aktif dengan cara bersukan atau utamakan berjalan kaki atau tangga untuk tempat yang bersesuaian.

Contohnya parking jauh sikit dari pintu sekolah Faiq so syima lebih banyak berjalan atau naik tangga insteadt off naik lift di shopping mall dan clinic.

Dan mengamalkan supplement yang baik untuk kesihatan jantung dan kolestrol.

Untuk korang yang tercari cari supplement yang bagus untuk kolestrol, sini syima nyatakan supplement nya;


  1. Omegaguard
  2. Phytocol ST

kebaikan Omegaguard

Apa kebaikan Omegaguard?

  • Menguatkan daya ingatan dewasa dan kanak-kanak
  • Memberi manfaat yang tinggi kepada kesihatan mata, otak dan jantung
  • Membantu masalah kolestrol
  • Berfungsi sebagai pelincir untuk sendi
  • Sangat disyorkan buat ibu hamil, menyusu dan berpantang
  • Membantu membakar lemak dalam organ dan cepat kurus
  • Mengurangkan nafsu makan
  • Mengurangkan masalah radang sendi dan arthiritis
  • Mencegah penyakit nyanyuk / alzheimer
  • Mengawal tekanan darah

Kebaikan Phytocol ST


Apa pula kebaikan Phytocol ST?

  • Membantu mengurangkan paras kolsterol jahat LDL
  • Membantu kuruskan badan
  • Menghalang penyerapan kolestrol dari makanan masuk ke dalam salur darah
  • Membantu turunkan paras kolestrol secara semulajadi
testimoni omegaguard kolestrol




Harga pasaran sebotol Omegaguard ialah RM136.25. Omegaguard mengandungi 90 kapsul. Manakala harga pasaran sebotol Phytocol ST ialah RM197.50 dan mengandungi 120 tablet.


Berminat untuk dapatkan Omegaguard / Phytocol ST? Whatsapp syima di 0183252507. Nak mudah click je no telefon syima 0183252507.








NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Pengedar Shaklee
Shaklee Ipoh
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe









Ahad, 3 Februari 2019

RESEPI PAJERI TERUNG MUDAH

Assalamualaikum :)

Lega dapat duduk diam hari cuti sambil tutup TV. Sejak Faiq kena limitkan screen time atas masalah mata, syima rasa banyak betul masa nak tenung mata dia.

Korang should try.

Baring sebelah anak sama eye level, kemudian sembang dengan dia pasal hari hari yang korang pernah lalui.

The nikmat sangat menyenangkan hati. Tetiba ada kawan nak melepaskan 5000 quota bercakap syima ni. Haha.

Cerita Pajeri Terung ni syima dah lama nak sebenarnya. Nak jugak pajeri nenas tapi nak yang masak sendiri. Tapi masalah utamanya ialah syima tak pandai nak pilih nenas. So untuk latihan, kita cuba dengan terung dulu. Kalau ngam elok kejadian pajeri, kita usaha beli nenas.

3 hari syima plan nak buat baru jadi.


Google sana sini, dapat pulak suggestion makan dengan ulam celur, sambal belacan dan ikan goreng panas panas. Syima takde ulam, ganti dengan pakchoy yang dicelur. Waduh,, kerangupan pak choy tu dengan manis manis nya, kecur air liur. Korek punya korek peti ais, nampak sikit balance budu orang pure kelantan bagi. Tak masin macam yang selalu syima beli. Letak pulak hirisan cili siam yang pedas tu. Memang bertambah nasi makan hari ni tau.

Elok kejadiannya sampai tak cukup nak menyampai ke belah malam.

Syima pulak boleh lupa yang terung dibeli dah guna separuh.

Bahan senang dapat.


Jom check resepi pajeri terung

Bahan-bahan:
1. Bawang merah 1 biji
2. Bawang putih 1 ulas
3. Halia 1/2 inci
4. 2 sudu rempah kari daging Adabi
5. Semangkuk santan pekat
6. Sedikit air
7. Terung
8. Kerisik
9. Garam secukupnya

Syima selesa guna rempah adabi

Step pertama, kisar bahan tumisan iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan kisar ni tadi ditumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging yang tidak dicampur air (kering) ke dalam bahan tumisan tadi.

Godek here and there sampai kari tu naik minyak, its time to masuk terung dah.

Terjun kan terung, diikuti santan dan kemudian air sehingga cukup untuk tenggelamkan terung.

Dah mendidih, masukkan kerisik dan garam.

Bila terung dah lembut, santan dah pecah minyak, siaplah pajeri terung korang 😋

Senang je.

Sabtu, 2 Februari 2019

3 TESTIMONI VIVIX UNTUK SAKIT LUTUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni syima berkesempatan nak update blog sekejap. Syima nak share 3 testimoni Vivix untuk sakit lutut.


Sakit lutut mak berkurang dengan Vivix

Vivix membantu melegakan sakit lutut

Vivix untuk warga emas





Berminat untuk dapatkan Vivix? Whatsapp syima di 0183252507. Nak mudah click je no telefon syima 0183252507.






NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Pengedar Shaklee
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe

Shaklee Ipoh




Jumaat, 1 Februari 2019

KEDAI SUP KAMBING DI IPOH

Assalamualaikum. Selamat bercuti panjang. Hati hati di jalan raya ok. Baru sat ni dengar highway hala ke utara sesak sampai polis beri kebenaran guna jalan kecemasan sebagai lorong tambahan.

Ok, sebenarnya syima tak de idea nak share apa hari ni. Saja nak spend masa update blog since kejap kejap lagi nak keluar. Esok lusa pulak sure berjalan merayap.

Tengok gallery hp, ada satu gambar sup tulang yang sedap sampai syima berulang pergi makan.

I tell you guys, bila kami sekeluarga tercari cari sup kambing dulu, sampai ke Batu Gajah tau. So sad kedai tu sebenarnya sup siam yang dicampak tulang rebus je.

Kali ni, syima sendiri rasa seronok nak update sebab dah jumpa dengan sup kambing yang boleh di-repeat berkali-kali.

Lokasi kedai dekat je dengan rumah syima ni ha. Pekan Ipoh. To be exact, Taman Kanak-Kanak. Kalau nak waze, sila waze Medan Selera Dato Tahwil Azar.

SUP KAMBING IPOH
Kalau korang semua ikut kat facebook tentang tempat makan viral Ipoh, kedai ni memang tak viral. Kalau sup kambing yang viral tu pada syima tak sedap. Kuah nya rasa tepung untuk dipekatkan. But this, wallah! Memang pekat dengan buah keras. Lemak kuahnya boleh tak cukup roti nak dicicah.

Selalunya kalau syima order sup kambing ni, syima order memang dua mangkuk (one for me and one for husband) and jalan sikit depan Medan Selera ni untuk ke 7-eleven beli roti potong. Haaaaaa baru boleh cicah banyak sikit. Mana cukup nak cicah sup kambing sedap dengan 2 keping roti yang disediakan aje.

Daging yang lembut bercerai dari tulang tu, sedapnya la hai.

Syima ni bukan suka sangat makan daging yang macam nak tercabut gigi kalau gigit tu.

So, korang yang mencari sup kambing sedap Ipoh, tuju ke Medan Selera Dato Tahwil Azar. Kedai yang bersebelahan kedai Satay Endut. Buka sekitar jam 6 petang. Dan jangan lewat sangat, selalunya sup habis sebelum jam 11.

Next, syima akan share lokasi makan lain sekitar Ipoh. Do follow blog syima kalau nak tau okay. Yang pasti, kedai makan sedap bukan sekadar viral. Local people punya makan.

Bye.