Isnin, 13 Mei 2013

asam kecut

Ada satu insiden yang aku tak boleh nak lupa. Walaupun orang dah amik baju dan bayar upah, aku masih terganggu. Itu lah aku. selalu dok pikior balik apa yang berlaku.

Beberapa ketika dulu, ada satu awek hantar kain nak buat baju. kurung moden. dua helai. Disebabkan dia seorang yang free hair dan suka pakai baju sendat mendat.. makanya, satu baju nak cutting orang kahwin (sendat dan mampat) dan satu lagi longgar sikit TAPI tak nak sampai jatuh kategori ustazah.......

Seperti biasa, sebelum aku potong kain dan jahit baju, aku akan make sure baju perfect tanpa sebarang cela.

Aku check kat pattern. aku check kat kain.

Aku iron kain kasi tegang, aku peniti dan ake jelujur. Sebab tu aku jahit baju take time.

Maka bila tiba masa fitting nya, baju pertama (merah) cun. dan aku teruskan dengan baju kedua. Aku potong macam biasa, jahit pon sama. Takda yang special sebab kain biasa dan orang dia pon biasa.  Cuma aku kasi besar sikit as requested.

Dan pabila awek tu nak amik baju, aku pon mintak dia fitting dulu. Ye lah...umah sekentut aje dari umah aku..so boleh la fitting bagai kan....

Dan jeng jeng jeng!!!!!!

Tak muat langsung. Aku repeat. TAK MUAT LANGSUNG. Walhal baju kedua aku BESARKAN!!!!!!!!!

Aku jadi terkezut. Aku musykil. Kenapa baju merah HARITU boleh pakai. Yang kedua, tak boleh sarung? Walhal yang kedua AKU BESARKAN KASI LONGGAR.

Lepas awek tu balik lama aku terdiam. Kenapa? Mengapa? Why? Why ? Why?

Lalu, aku pon check balik ngan pattern, pattern takda masalah. memang aku buat besar dari merah. Kendian, aku check ngan baju kedua. setiap inci bahagian badan, aku amik ukuran nak compare dengan pattern. checked! TAKDA MASALAH. yang terakhir, aku check ngan baju merah.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Aku dah dapat jawapan!

Dan aku malu nak kabor kan.

Adik manis....awak membesar sangat 2 minggu ni.

Apa yang awak makan sampai subur benar 2 minggu ni?

Ke awak telan baja bunga kasi kembang?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

heh.

Itu sebab aku ada blog.

Agak agak muka awek tu macam asam kecut tak kalau aku bagitahu hal sebenar?