Memaparkan catatan dengan label youth skincare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youth skincare. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2019

MAKLONG TAK DAPAT DUIT RAYA

syima, husband and faiq

Syima sebagai maklong rilek je tak dapat duit raya. Dah tua tua ni, tak de mengharap mana pun. Sebab utama ialah maklong kan dah kerja. Kalau tak kerja pun, tetap tak kisah. Yang sepatutnya bagi duit raya to maklong is anak maklong lah. Bukan nya orang lain. Kalau bagi tu dah syukur nikmat sangat. 

syima nyemak sebelah atok dan nenek Faiq so boleh guide dia untuk tertib

And syima dah tanam dalam kepala sesiap yang duit raya is sedekah. Takde jumlah okay. Ikut poket si pemberi. Hatta Faiq dapat duit raya RM1 dari jiran yang hulur dari tingkap kereta (sebab dorang nak keluar dari parking kereta) pun syima okay. 

Budaya bagi duit raya ni pada syima makin sick.
Dalam pemerhatian syima, golongan mak pak kita yang mulakan benda ni jadi sick.
Masa syima layak dapat duit raya dulu, mak pak kita ni momokkan dengan script script berupa

" Along, cepat salam. Dapat duit raya "

" Siapa salam dapat duit raya "

" Yang belajar je dapat duit raya "

etc etc.

Koleksi duit raya. Raya sebulan, tunggu habis raya baru bukak.

Kau dah tanam dalam kepala otak budak kecik yang aktiviti salam tu dapat duit raya, once bila raya kau tak dapat bagi duit raya budak budak boleh question lah. 

Itu yang boleh jadi issue tu.

Dapat pulak parents yang jenis masuk je dalam kereta terus tanya berapa dapat kat rumah si polan. 

" Ha, berapa dapat rumah tok? "

Tak ke budak tu tak pasal pasal belajar untuk cek angpau. Kalau jenis yang cek dalam kereta takpe. Jenis yang mak ayah tak pernah ajar untuk keep quite, mau dia bukak masa tengah melutut salam si pemberi. 

Syima bukan apa, benda ni dari syima sekolah menengah syima dah ada akal dah. 

Takkan korang yang makpak tak boleh pikior?

Angpau paling lawa setakat ni. Petronas mari.

Since syima dah realised benda ni awal, untuk Faiq syima ajar dari dia start pandai salam orang.

Masa mula tu Faiq around umur setahun. Budak kecik ni korang kena faham yang dorang eager untuk bukak sampul nak tengok isi dalam. Korang mak pak boleh guide dorang untuk salam ceremony tu. Kena guide ya, korang pimpin kemudian korang ajak dia salam tuan rumah bila datang bertandang. Kemudian bila tuan rumah nak bagi duit raya, korang kena guide lagi sekali supaya dia faham yang salam bukan bermaksud kompem dapat duit raya. Salam tadi untuk tanda kita jumpa tuan rumah, hormat tuan rumah, jugak perkenalkan diri. 

Automatik lah budak tu reti beza.

Dah salam, dah dapat duit raya, korang cakap lah " ummi simpan angpau ni ". Kalau anak tu merempan nak angpau tu, korang jadi lah bijak sikit, bagi anak korang sampul kosong dua keping. Kan rambang mata anak korang tu. 

Biasakan dari kecik so korang takkan dapat masalah pelik pelik. 

Faiq pulak sekarang dia bengang bila kawan kawan yang lain selamba badak bukak dalam rumah si pemberi. Dia pun nak jugak bukak sampul dia. Dia pun nak tau jugak berapa RM dalam tu since dia dah kenal duit.

So camna nak handle spesies macam Faiq ni?

Angapau paling depan dah koyak. Tak tau masa bila dapat. Jumpa dalam kereta siap terburai isi perut.

Syima ajar Faiq untuk tengok bawah meja. Jauh dari pandangan si pemberi. Kemudian syima just pesan, benda ni rahsia so no one boleh tau. Dia pun dah faham konsep rahsia, so dia diam lah. 

Kebanyakkan masa dia tak sempat nak tengok pun. Kebanyakkan masa tuan rumah yang bijak dia bagi masa salam nak balik. Ada few je lah situasi dia hilang pergi tengok duit raya dalam sampul.

Tapi nak jadi satu cerita, masa salam salam hari tu, ada pulak makcik ni pergi ajar Faiq untuk ask for duit raya. Sedangkan makcik ni takde pun nak bagi duit raya. Tapi dia ajar Faiq untuk ask for it. 

Dari jauh syima memetir. 

" Duit raya tu kan sedekah, tak perlu kita mintak mintak. "

Sekali Faiq repeat balik kat makcik tu. Maybe Faiq blur nak jawab apa dan dia fikir syima pekik tu tengah bagi script kat dia. 

Terkedu makcik tu. 

Makcik, please lah stop ajar anak anak ni benda buruk. 

Buruk tau kalau kita ajar anak meminta minta gitu. Nak nak duit raya yang memang jadi isu dalam masyarakat melayu. 

Tu belum cerita, standard pemberian duit raya yang ditetapkan netizen. Aje pening kalau kita nak ikut standard tu sedangkan gaji kita bukan sama dengan tukang create.

tunggu orang siap be like. raya 2019

Zaman syima dibesarkan, syima keluarga yang tengah tengah. Belah sana orang senang, which kompem kalau raya sana dapat duit raya. Yang belah sini, kalau dapat tu jackpot sebab orang sini cukup cukup makan. 
So syima boleh relate to the viral situation.

Niat orang nak memberi boleh jadi terbantut tau tak. 

Shaklee Youth Skincare Mask Baru

Bulan ni Youth Skincare keluarkan satu lagi item baru. Purifying clay mask & hydrating gel mask. Dua dua syima dah cuba, sangat best pada kulit. Promo bulan ni beli 2 mask dapat free organza bag dan berus nak sapu mask. Terus beli boleh terus guna tak perlu menggagau kedai cari berus. Nak beli boleh whatsapp syima 0183252507. 

Selasa, 25 Disember 2018

YOUTH EYE TREATMENT

YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

Hari ni syima nak cerita berkenaan YOUTH RESTORING EYE TREATMENT atau bahasa biasa ; eye serum.

Restoring eye treatment dari YOUTH SHAKLEE


YOUTH Restoring Eye Treatment, item paling mendapat sambutan yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap. Yang paling penting, ia bukan sekadar untuk mata!



  • Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luat lipatan mata atau crow's feet dalam tempoh seawal 7 hari. *
  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam. **
  • Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat. **
  • Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut. 

* Seperti yang diukur dalam kajian klinikal 28 hari, 38 subjek, penggunaan dua kali sehari.
** Seperti yang dirasakan oleh majoriti subjek dalam ujian klinikal 28 hari, 36 subjek, penggunaan dua kali sehari.

Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment


KEISTIMEWAAN YOUTH RESTORING EYE TREATMENT
✓100% Vegan
✓Tanpa PARABEN
✓Diuji secara Dermatologi

Testimoni Youth Restoring Eye Treatment

NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Pengedar Shaklee Ipoh
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe


Sabtu, 8 Disember 2018

RESEPI APAM TEPUNG BERAS

Assalamualaikum korang.
Hari ni syima nak share RESEPI APAM TEPUNG BERAS PASTI JADI. Sesuai sangat lah untuk korang yang memang zero bab nak campur aduk bahan kalau nak buat kuih tu.


RESEPI APAM TEPUNG BERAS TANPA NASI
Resepi yang syima nak bagi ni resepi apam tepung beras tanpa nasi sejuk tau. So kalau takde nasi sejuk tak usah pening pening nak tanak nasi semata nak masak apam.

Resepi ni jugak resepi apam tepung beras tanpa eno. So senang je. Tapi tak dapat lah effect apam merekah tu. Yang ni apam flawless gitu.

So jom kita check it out bahan bahan yang diperlukan:



  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 1 /4 cawan air suam
  • 1/2 sudu teh mauripan yis
  • secubit garam
  • pewarna pilihan

Cara nak buat pun senang je. Syima yang takde asas baking pun boleh buat. Takut uli, no worries resepi ni takde uli. godak pakai sudu je.

Memula sekali campurkan air suam dengan yis + gula perang. Kacau sebati tau. Tutup kejap dengan tudung periuk nak kasi gelap. Dalam seminit dua, cek balik adunan tadi ada bau masam tak. Kalau ada masam, boleh proceed. Kalau takde bau masam, kena tukar yis. Bau masam tu tadi menandakan yis kita hidup. Bila hidup, apam kita akan naik elok je nanti.

Next, campur semua bahan berbaki kedalam adunan air gula yang kita buat tadi. Kacau sampai adunan sebati dan tidak berketul ketul. Biarkan kembang dalam setengah jam ke sejam.

Tadaaa settle dah bab adunan.

Now kita move to acuan. Acuan tak kisah bentuk apa janji acuan tu disapu minyak serata ratanya.

Sudukan adunan sehingga 3/4 tinggi acuan. Nanti dia naik, terkeluar pulak apam dari acuannya.

Kukus 15minit.

Senang je kan. Elaboration je panjang.

Selamat mencuba!

Jangan lupa nanti share dengan syima hasilnya ya.





YOUTH Promo untuk December 2018.
Berminat nak dapatkan YOUTH Starter Set atau YOUTH Renew & Maintain Set,
boleh hubungi syima di 018-3252507.

atau

NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Rakan Shaklee Anda:
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe

Rabu, 5 Disember 2018

SIAPA PERLU PAKAI KRIM MALAM SHAKLEE SKINCARE YOUTH?

Assalamualaikum.
Bulan December 2018, Shaklee kurang ada promo. Barangkali sebab nak fokus Shaklee Christmas Sale atau Shaklee New Year Sale - kalau ada.

So today, syima nak cerita berkenaan Krim malam Shaklee Skincare atau lebih dikenali sebagai YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light.

YOUTH SKINCARE NIGHT CREAM


Bahan Utama yang terdapat dalam YOUTH Advanced Renewal Night Cream ini ialah Vital Repair + Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus.


VITAL REPAIR + COMPLEX
Vital Repair + Complex mengandungi bahan antioksida dan beberapa vitamin penting yang menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit dan menggalakan pertumbuhan sel kulit sihat.

SCHISANDRA CHINENSIS
Merupakan herba yang digunakan secara tradisional di negara seperti China, Jepun dan Korea untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktuk kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

LOTUS JAPONICUS
YOUTH Night Cream yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein YOUTH yang penting untuk bina semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fabrilin. 

Gabungan VITAL REPAIR + COMPLEX, SCHISANDRA CHINENSIS dan LOTUS JAPONICUS untuk menghasilkan YOUTH Advance Renewal Night Cream, membekalkan lebih nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur. 

Salah satu item dalam SHAKLEE YOUTH SKINCARE 

Kelebihan apabila tiga bahan hebat ini bergabung ;
  • Membantu menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur
  • Campuran botanikal khas membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin
  • Menjadikan kulit kelihatan lebih muda, anjal, licin dan lebih cerah
  • Melembut dan melembapkan kulit wajah.

SIAPA PERLU PAKAI NIGHT CREAM YOUTH?
  • Kulit kering tak bermaya
  • Garis halus tanda kekurangan kolagen
  • Kulit kusam menandakan sel kulit mati masih berleluasa
  • Peningkatan usia. Makin bertambah usia makin lambat sel kulit baru terbina
  • Kulit berjerawat
  • Disyorkan untuk kulit yang super sensitif dan radang kemerahan
  • Sesiapa yang wajahnya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar
NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Rakan Shaklee Anda:
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe



Khamis, 8 Februari 2018

Kenapa anda perlu cuba YOUTH SKINCARE?

Hai!
Hari ni syima nak share dengan semua yang Shaklee dah kembali ada skincare set. Sebelum ni Nutriwhite dan Enfuselle betul tak? Kini, Shaklee ada YOUTH.
Kisah penghasilan YOUTH ni bukan mudah. Shaklee menghabiskan masa selama 8 tahun untuk menghasilkan satu kelengkapan penjagaan kulit yang sangat baik.
Bukan sebarangan produk apabila YOUTH menjanjikan keberkesanan sebanyak 100%. Tiada lagi produk seumpama yang menjanjikan keberkesanan sehingga 100% tau.
Berkesan!
YOUTH merupakan produk yang berkesan kerana telah dicuba kepada 100 wanita di Amerika Syarikat dan data nya dianalisa sebagai SKIN AGE INDEX di mana 8 tanda kesihatan kulit di ambil kira. 
  1. Kedutan halus
  2. Saiz pori
  3. Tona warna kulit
  4. Keanjalan kulit
  5. Tekstur kulit
  6. Hyperpigmentasi
  7. Radiance
  8. Sagging
  1. 100% wanita yang mencuba YOUTH mengalami kulit yang lebih muda seawal 7 hari penggunaan.
  2. Berdasarkan SKIN AGE INDEX, dua pertiga (2/3) daripada wanita yang mencuba YOUTH kelihatan 10 tahun lebih muda!
WOW!
8 BAHAN DALAM PRODUK YOUTH YANG MEMBUATKAN IANYA BERKESAN.
Muscadine Grape
Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
Lotus Japonicus
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan LOTUS JAPONICUS, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel yang penting untuk menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan LOTUS JAPONICUS dan SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.
Apple Stem Cell Extract
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lebih lembut, lebih lama.
Schisandra Chinensis Fruit Extract
Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit,  Shisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan. 
Vital Repair + ®️ Complex
Vital Repair + ®️ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.



Berminat untuk dapatkan Supplement Shaklee? Boleh contact Syima. Nak mudah, boleh click 0183252507

KENAPA PERLU PILIH SAYA SEBAGAI RAKAN SHAKLEE ANDA?

Buat pembaca baru, biar syima perkenalkan diri syima dulu. Saya Hasyimah Hashim boleh panggil syima, berusia 28 tahun dan telah menjadi ahli Shaklee sejak tahun 2016. Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur, amanah dan pantas melaksanakan tanggungjawab. Memegang prinip mementingkan kesihatan para pelanggan berbanding keuntungan semata-mata. Saya akan menyediakan konsultasi secara PERCUMA beserta jadual pengambilan vitamin yang bersesuaian untuk anda.

MEDIUM PENGHANTARAN SHAKLEE

Penghantaran vitamin Shaklee anda boleh diatur menggunakan Poslaju dan Gdex. Untuk lain-lain medium, sila cadangkan mengikut kesesuaian lokasi anda. Untuk item "ready stock", saya menyediakan servis COD sekitar Simpang Pulai / Ipoh.

CARA PEMBAYARAN 

Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank.

CARA BELI SET SHAKLEE

Jika anda ingin membeli set Shaklee, anda mempunyai beberapa pilihan :-
  • belian online dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (NO ID SHAKLEE : 1241234)
  • melalui saya. Sila Whatsapp di 0183252507 (hasyimah / syima) untuk bantuan / belian.
NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?


Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Rakan Shaklee Anda:
Hasyimah Hashim (Syima)
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim

Instagram : Hasyimahshe