Isnin, 19 Oktober 2015

salahkan jerebu

Sejak musim jerebu ni, Faiq cuma merasa keluar rumah masa aku pergi NSK ngan beli nasi lemak pagi je. Dan mamak. heheheheh. Nama nak sampai ke tasik titiwangsa macam dulu tidak lah ye.. Tasik kat tepi taman perumahan rumah aku ni pon boleh kira berapa kali jejak. Kuat betul jerebu nya sampai putih seputih salju lah pemandangan.

ko tengok bersyukur betul dapat pergi taman

Jadi sabtu lepas, aku tengok kan IPU rendah, langit cerah, aku ajak la bapaknya ke tasik kat jelatek tu. Malas aku nak pergi jauh jauh ke tasik titiwangsa. Sebab aku dok usha jalan biasa macam banyak kereta pulak. Macam kan tengah weekdays berjujut nya kereta. Selalu on weekends macam ni, kereta so so je.

gelak besar uolls

Datang datang pon xde parking. Ye lah parking taman jelatek ni kan limited sikit. Aku wonder lah sapa town planner sini. Masa dia dok letak taman, dia pikir tak parking nak selit mana.

tengok awek buat monkey bar

tak lalu nak senyum kat aku

Dah jalan seround, aku haus okay. Nak cornetto yang aku idamkan dekat lebih seminggu, Xde kedai pulak. Tak koser aku nak naik jejantas beli kat station putra tu nyah hoi. Nak membeli kat penjaja kat situ, Xde yang selera nya aku. Eh xde selera atau takde kedai air? hhahahahah. Takde penjaja air masa tu. kehkehkeh

Kesian, ada kasut pon geli rumput
uuiiii aiiii lajuuuuu

Sejam camtu je kitorg kat situ. Malas nak berlama lama. Kol 6 dah cabut. Faiq pon dah tek keruan. Dia memang suka beriadah camni. Kalau aku ada harness maybe aku lama kot. Ye lah, dia tak nak berpegang. Pastu kan ada ramai akak abang yang main skate lah, main roller blade lah. Risau aku. Not so risau lah sebab yang main kat sini, susah nak nampak jatuh gedebuk macam nangka busuk. Semua nya ku nampak power imbang badan. Dah macam atlet dah aku tengok. Jangan kalau kat Tasik Titiwangsa, kejap kejap yang kat north nangka gugur, kejap kejap yang kat south pulak. Kalau nangka tu nangka masak, aku rasa bersepai isi.

dah malas le tewww