Isnin, 13 Julai 2015

Soya 1 litre RM1.30


seluar baju melayu budak 1 tahun

Petang tadi aku tersaksikan kucing kena lenyek. Jadi aku tak lalu nak tido. Nak kelip mata pun takut. Jadi aku buat baju melayu budak ni. Dah siap nanti aku upload sekali ngan model nya.

sambil minum soya

Kat jusco tadi ada promo soya seasons. Kotak 1litre RM1.30. Aku ingat kan yang nak expired punya. Tapi sebenarnya tak. So aku rembat 2 kotak.

Rasanya kat mana mana pon sama kot. Sebab nya, kelmarin kat param kampung baru aku nampak the same thing. Sama jugak masa aku pergi param danau kota.

Jumaat, 3 Julai 2015

milkbooster ; tips susu banyak


Hari yang ke 15 kita puasa.

Ada lagi ke mommy yang gagah berpuasa sambil menyusu. Direct feed atau bottle dua dua ada cabaran nya. Baby boy ke girl ke bukan persoalan. Tak payah nak gaduh gaduh okay?!

Well ini kan pernah jadi isu.

Kah Kah Kah

sedih tak dapat susu

Sepanjang menyusu kan Faiq ni, dah bermacam petua tambah susu badan aku try. Ada yang jadi ada yang tak. Ye lahh badan lain lain kan. Mommy mommy boleh cuba bahan bahan yang aku senarai kan. Mana lah tahu berkesan ;)

Longan kering
Aku beli kat kedai ubat cina. Dorang suggest rebus dengan kurma merah. Tapi aku try tak sedap. So aku just minum air longan kering aje. Boleh lah nak buat minuman ruji. Cara buat pon senang. Rebus aje.

Kurma
Tak kisah la kurma apa pon. Macam aku cakap kat atas tu, kedai ubat cina dok suggest air kurma merah. Jangan kurma ayam udah lah ;p

Horlicks
Aku try minum horlicks masa dalam pantang. Banyak membantu. Horlick kan tambah tenaga..lepas tu macam kenyang sikit kalau minum. Puncanya aku minum horlicks pon sebab aku ada tengok discovery channel cerita perihal lembu susu makan barli bermalt + gandum untuk banyak kan susu. Pastu aku tengok Dr Halina (isteri angkasawan) pon amalkan benda sama.

Habbatussauda
Aku gigit gigit sampai rasa pahit dia lekat kat lidah baru aku minum air. Kalau hari yang aku banyak kali makan, banyak gila susu. Tapi awas. Habbatussauda ni macam panas sikit. Makan banyak, badan, tekak semua rasa kering. Sort of penggalak kita minum air masak banyak. kan lagi banyak minum air lagi banyak susu?

Halba
Rempah ni, aku selalu tengok mak aku je dok campak dalam lauk. Tak pernah pon nak beli even nak masak lauk yang sama macam mak aku masak. Tapi disebabkan omputih makan untuk tambah susu, so aku try. Caranya rendam dalam air panas sampai air tu sejuk..Pastu air nya diminum. Halba biji tu aku tak makan macam Habbatussauda sebab boleh sangkut kat appendiks.

Lobak Putih
Yang ni aku tengok isteri obefiend upload kat instagram. Kalau orang cina dorang makan mentah/jus. Tapi aku xsanggup. Buat sayur rebus, baru aku makan.

Banyak lagi petua sebenarnya. Korang boleh try and error. Nak cukup kan 2 tahun penyusuan tu banyak cabaran. Lagi lagi bila puasa ni.

Petua kat atas semua yang aku try. Setiap satu memberikan output berbeza. Ada yang pekat tapi sikit. Ada yang cair tapi banyak. Ikut bahan nya.

Tapi ada satu lagi milkbooster yang mantap. Aku try sekali terus jatuh cinta. Chewah!

dah minum separuh


Bahan-bahan:
7 biji kurma dibuang biji
1 botol air soya jenama Vsoy
1 sudu kecil habbatussauda
1 sudu kecil halba *direndam dalam 100ml air panas sampai air jadi sejuk

Cara nya kisar semua bahan sampai lumat.

Rasa air soya yang ada rasa kekacang sikit..manis..yang pasti sedap.

Kurma apa brand pon takpe. Aku pakai brand BAM. Manis buah bukan yang manis rendam air gula. Vsoy aku pilih sebab yang ni yang paling close dengan homemade taste. Habbatussauda aku jenis yang bijirin rempah tu. So kalau korang nak pakai oil punya ke, kapsul ke terpulang. Halba pon sama. Kalau korang ada yang oil, guna lah.

Bersedia lah untuk party susu esok.

Ahad, 15 Mac 2015

motherhood | mandi




Nikmat betul mandi masa bujang
Hahahahaha
Rindu nak cuci toilet masa mandi
Rindu nak mandi tanpa dengar jeritan
Rindu nak berlama lamaan dalam toilet

Jangan pikir yang bukan bukan

ahah!

Semua tu takpe sebab ada pengubat rindu

Panglima ku faiq iman

terus terubat walaupun mandi koboi hari hari ;p

Sabtu, 28 Februari 2015

Suri rumah

Bila scroll newsfeed facebook tadi, ada ternampak yang si polan jelous dengan si polan. Si A kena kerja + overtime while si B suri rumah.

Jelous sebab si B boleh menjaga anak sepenuh masa, melihat anak membesar depan mata walhal dia tidak.

Adalah dengan ini aku nak tegaskan tak payah la engkorang jelous dengan si B ni ye. Sebab ko tak kan tahu apa yang bakal ko hadapi.

Contoh mudah aku bagi hidup aku je le...

Aku bangun sama time dengan laki aku yang nak masuk kerja pukul 8. Terus masak makanan faiq, breakfast aku, lunch aku, basuh baju, etc...abis je settle all that, faiq bangun, mandi and makan. Layan dia aje dah lunch.

Kalau dia crancky, masak la nak memujuk...kalau tidak, selamat tenaga aku.

pastu petang struggle tido kan dia. Lately dia pandai main main, dia tak nak tido. So banyak masa aku abis dok pujuk dia tido. Pastu aku pon baru nak bawak keluar kerja part time aku ( beading etc )

Belum pon siap target kerja, dah faiq bangun. Dah nak kena mandikan, bagi makan, cuci walker ( usually dia makan kat walker ) etc etc.

Pastu bawak dia jumpa matahari kalau cuaca mengizinkan + tunggu bapak dia balik.

Pum pang pum pang, sama je penat kalau kerja. Cuma anak memang depan mata la.

Kalau nak dibanding kat opis nak hadap kerenah opismate..dirumah hadap kerenah anak. Mana kau prefer? Budak yang melalak aje tak tentu hala butir cakap atau orang tua yang dah kompem kompem tahu apa dorang nak. Tinggal ko nak layan atau tak aje.



Tapi kau kena tau satu bende. Bila kau jadi suri rumah, kau dah hadap anak kau doplopatjam. So whenever dia crancky, ko akan jadi cepat hangin.



Masa tu la perang antara kau, laki kau ngan anak kau pon bermula.

Sian budak yang tak reti hape tu.

Itu satu hal.

Ada pulak husband yang dok cakap ' tak pe ayang..abang paham ayang penat '

Please believe me. They do but they dont. Hahahahahahahahahaha

Sekadar paham je lah ye. ;p


Sabtu, 24 Januari 2015

FAIQ IMAN | KELAHIRAN


Rasanya terlalu lewat untuk perkenalkan my baby. But who cares. hik hik

Faiq Iman ; 2.34kg ; 21 june 2014

Rabu, 5 November 2014

Sakit gigi

Kadang-kadang tuhan tu saja nak bagi kita sakit gigi, supaya kita bermuhasabah diri.. 

nak  tengok either kita ni bersyukur ke tidak...

guna gigi sebaik nya atau tidak

tak pon, sekadar nak tengok kita ni sabar ke tidak dengan dugaan


saja je tu tuhan duga kita, sayang letteewwwww

Isnin, 3 November 2014

Janggut

Di suatu petang

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Emak : Anak mummy pergi mana tadi?
Anak : Ikot ayah jumpa kawan
Emak : Kawan ayah tu lelaki ke perempuan?
Anak : Perempuan
Emak : Cantik tak?
Anak : Cantiiiiiiiiik........
Emak : Rambut panjang ke pendek?
Anak : Pendek. Macam abang.....
Emak : Ade misai tak??
Anak : Takde lah, kan perempuan. Tapiiiiiiiii janggut macam kambing... emmmbbeeekkk [sambil membongkokkan badan dan tangan pegang dagu]


p/s aku bantai gelak lah weh. konpius pulak aku sebenarnya kawan ayah dia tu pompuan ke laki laki.