Jumaat, 11 Oktober 2013

Random |1 gadis lilin

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan dua orang anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dengan bantuan cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yang mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!"

click gambar untuk view the collection

Ketika itulah si anak miskin berkata riang :" Saya sudah duga kakak tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam lenangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Janganlah kita mudah BERPRASANGKA. dan BERKONGSILAH....

Keran kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak yang KITA BOLEH MEMBERI.

Selamat berkongsi.

snoopybabe