Isnin, 22 Julai 2019

RESEPI KARI IKAN NYOK NYOK

Syima tak banyak kenal jenis ikan. A few sebab ibu ulang ulang beli ikan yang sama. So syima tak berapa tau nama ikan, harga, ikan apa untuk masak apa. 

So nak dijadikan cerita, seorang kawan penang syima upload gambar dia masak kari ikan nyok nyok. 

ikan nyok nyok (source: google)

Looking tempting, tapi syima tak tau rupa ikan tu. 

It takes a while untuk syima 'jumpa' ikan nyok nyok kat pasar. The funny part is, syima google tau sambil tengok ikan kat pasar tu. Sambil scan mana ikan yang dimaksudkan. 

Malu gila nak tanya kat acik jual ikan. 

Maka, bermula episode asal ada ikan nyok nyok segar lawa, syima beli buat masak kari. 

kari ikan nyok nyok


Ikan ni selalu orang India yang jual. Kenapa tau? Sebab ikan fav untuk masak kari ikan. Sedap sangat. Isi ikan ni tak mudah hancur. Manis. Kira untuk version kari ikan yang sedap tapi ikan murah, ikan ni lah. 

Syima tak sure berapa RM untuk sekilo. Syima selalu beli sekor around RM11 macam tu. Besar jugak, cukup untuk dua kali makan dua adult sorg kid.

ikan nyok nyok masak kari


Korang boleh cuba resepi kari ikan nyok nyok ni

Bahan bahan nya;

Bahan 1
6 biji bawang rose dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 Kulit kayu manis
3 Bunga cengkih
3 bunga lawang
5 buah pala
10 biji lada putih
sedikit jintan manis dan jintan putih

Bahan lain
1 peket Rempah kari ikan babas
1 cawan santan pekat
1 ekor ikan nyok nyok dipotong keping
1 keping asam keping
6 batang bendi
1 biji tomato
air secukupnya
garam secukupnya

Panas kan periuk dan letak minyak secukupnya untuk tumis rempah nanti. Agak agak je lah tau. Jangan pi sukat pulak.

Tumis bahan 1 sehingga naik bau. Sementara tu, 1 peket rempah kari dicampur dengan sedikit santan untuk jadikan ia paste. 

Bila bahan 1 dah naik bau, masukkan rempah yang kita dah jadikan paste tadi. Masa ni, dilarang sama sekali tinggal kan periuk. Kacau sentiasa untuk elak rempah hangit. Nanti rasa pahit.

Dah cantik garing rempah kita, masukkan air dan asam keping.

Kot ada yang tanya nak masuk air asam jawa ke tak, terpulang pada kegemaran masing masing. Syima tak pandai nak adjuts rasa tu. Asam keping lebih mudah untuk orang macam syima. 

Sebaik air tadi dah mendidih, masukkan balance santan yang ada.

Didihkan sekali lagi. Sambil dikacau kuahnya.

Reasonnya, nak bagi kuah elok cantik. Kalau dah letak ikan dan sayur masa letak santan, takut susah nak kacau dan end up kuah berketul. 

Kemudian, boleh dah lah masukkan ikan dan bendi. Perasakan secukupnya. Bila dah masak ikan dan bendi lembut, baru masukkan tomato yang dibelah empat. 

Syima tak suka tomato lembik, so bila dah layu sikit tomato syima tutup api. 

Dan siap!

First time kari ikan syima rasa macam kari ikan kat mamak. Berpinggan pergi nya. 

Selamat mencuba korang.

Shaklee Promo July 2019

Promosi Shaklee sepanjang july buy 3 Sustained Release Vitamin C dapat percuma 1 Chewable Vitamin C masih lagi berlangsung. Nak order, boleh whatsapp syima okay 📞0183252507