Ahad, 21 Oktober 2012

Nangis


Allah tak kan bagi dugaan pada hambaNya kalau hambaNya itu tak mampu nak hadapinya-pesan seorang sahabat aku kat twitter


Memang saat kat wad kecemasan Hospital Ampang aku boleh terima kenyataan. Sebab aku tau air ketuban tu tempat tinggal baby kita.
Saat suami tersayang menitiskan air mata pon aku boleh tahan lagi kesedihan aku.
Tika aku rasa contraction pon aku okay. Walaupun aku tau kalau Iman keluar tamat la segala-galanya.
Bila ramai kawan kawan text, twit, ziarah, aku masih lagi bertahan.
Even kawan kawan ibu datang ziarah, aku masih lagi biasa.

Cuma aku jadi tak keruan bila aku bengkak susu. Aku tahan. Aku keraskan hati tak nak perah sebab aku tau susu keluar on demand. Kalau perah, akan ada production. And continuous. Tapi menjelang malam aku da rasa macam nak demam, aku MENGALAH. Aku urut pelan pelan dan keluar la kolestrum. Saat tu aku jadi lemah. Cairan kuning yang terbaik untuk newborn menitis dan aku hanya mampu melihat. Aku jadi tak kuat. Semalaman aku nangis. Tangisan aku sama banyak dengan titisan susu. Setitis susu, setitis la air mata aku.

Aku beruntung susu melimpah ruah, tapi aku tak punya anak untuk diberi susu.


p/s: Bila aku baca post Farah Lee ni..sedikit sebanyak terubat lara hati.






Tiada ulasan: