Sabtu, 20 Oktober 2012

kehilangan IMAN

Aku dalam mood sedih. Aku keguguran kandungan 4 bulan. Cukup sifat dan bernyawa. Aku namakan dia Iman.


Aku betul betul tak kuat. Mungkin kalau Iman baru seketul darah aku tak ralat sangat. Ni aku siap rasa contraction, air ketuban pecah, bersalin dan tatap die yang dah tak bernyawa. Hanya tuhan je yang tahu perasaan aku.


Akan sentiasa aku ingat walaupun kalender dah takde.

 Ni je yang berjaya aku pump sebab tak reti guna

Selebihnya kat baju ni ngan kain lap

Iman sayang. Umi tak mampu nak tahan kesedihan umi. Setitis air susu, setitis la air mata umi gugur.

Tiada ulasan: