Jumaat, 8 November 2013

RESEPI | BIHUN BLACKPAPER

Assalamualaikum

Lately aku sibuk nak ngabih kan stock bihun. Tau je la kalau beli bihun mesti kena beli sebeban kan. Dok pulak dua orang je laki bini. Kalau aku tak perabih sapa lagi.

So lepas penat aku pikirin nak masak ape bihun ni..Aku pon terdetik nak buat bihun blackpaper sebab cuaca sejuk sejuk gitu. Hujan lebat dari pukul 4 pagi. Blackpaper kan pemanas badan.


Cekidaut the bahan:-

-Daging di hiris nipis ikot urat pastu potong petak size 1cm x 1cm
-Kacang panjang dipotong kecik kecik. Approx sependek 8mm ;p
-Kobis dipotong petak 2cm x 2cm
-Lada hitam diblender halus
-Bawang merah utk menumis*
-Bawang putih also utk menumis*
-Sos tiram satu sudu makan
-Bihun yang telah direndam air paip. aku guna cap bintang
-Garam secoet
*stock sebulan dah siap blend halus tanpa air.


Cara memasak:

1) Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau dan kuning. Make sure tak rentung. Nanti rasa hangit

2) Masuk kan daging, sayuran dan blackpaper...kacau rata dan hingga separuh layu sayur nya. Kalau layu sangat nanti outcome lembik. Tak sedap

3) Bihun yang direndam ditoskan. Time ni bihun xlagi lembut sebab guna air sejuk.

4) Masuk kan bihun ke dalam kuali dan kacau. Masuk kan juga 40ml air paip kedalam kuali bagi allow bihun utk melembutkan diri. hihi.

5) Masuk kan sos tiram dan secoet garam. Kacau sambil tenyeh bihun dengan sudip supaya putus. Nanti last last sayur mesti jadi sehati sejiwa dengan bihun.

Siap

bihun blackpaper

Itu dia daging 1cm x 1cm, kacang panjang 8mm dan kobis 2cm x 2cm. wakakakakakakakakakak!

1 ulasan:

Liza Licha berkata...

nyum2.. buat makan waktu petang sedap nih