Sabtu, 21 November 2015

Pelaburan tak de hasil

Selesai dengan kisah makan, hari ni masuk hari ke 4 Faiq Iman susah menyahut panggilan alam. Tak nangis tapi teran yang sangat lama. Tapi hasil nya cuma setitik peluh petani ja.
Sejak aku perasan yang dia tak memberikan apa apa hasil, aku terus start buat diet vege kat dia. Acik acik tengok lah tu. Umi kasi makan cucur sayur dia buat macam makan sup. Seribu tahun pon tak kan abis macam gini gaya nya.

Ye lah bila anak ada masalah lambat berak, susah berak, berak keras etc...air kena monitor..serat kena ambil..bergerak pon jangan lupa.

So pagi ni dengan kejam nya umi angkat Faiq naik moto pergi makan nasi lemak. Tengah menggeliat mata tak leh bukak tu lah dia senyum sebab dia dah kat luar, sikit lagi nak cecah bakul moto. ngeheheheh

Acik acik tau tak yang Faiq dah lama mengidam nak naik moto ayah? Sejak dua menjak hujan ni, bosan betul naik kereta kecik ayah. Tingkap asyik tutup tak dapat nak buat aksi mokhsin main angin.

Masa makan nasi lemak, dia tak de mood sangat nak makan. Maybe sebab perut terlalu penuh. Dari tepi pon perut dah menggunung. Actually, walaupun dia kurang power melabur, selera nafsu makan masih lagi besar. Makan nasi dah suku portion umi. Pastu bila kenyang tepuk perut sebab dah ketat. kahkah.

Lama sikit masa umi baru nak start makan, Faiq dah mula start enjin. Dah mula nak ukur jalan. Abis kucing dia kejar walaupun bila kucing toleh dia mula nak dukung sebab i is takut kucing. Hihi.

Terpaksa lah umi makan sorang sebab sapa nak teman Faiq ukur jalan kalau bukan ayah?

Selesai makan, ayah saja bawak pergi tasik yang tak berapa nak tasik dekat dekat kedai makan tu jugak. Acik acik tengok lah gelagat Faiq ye.
Kiri kanan faiq pandang. Takde pon awek macam selalu.Cuti sekolah naaakkkk. Semua orang balik kampung. Awak je yang tidak.
eh sapa kat belakang ittew?
ececehhhhh
maafkan umi tak pakaikan pampers bebetul. hiks
Tetiba dia buat aksi ni. Dah dah jom la kita balik. (T_T) 






3 ulasan:

Gerai Opah berkata...

hehe..kecik lagi mmg takot kucing..tggu besar sikit..kne terkam la kucing tu..haha..

YieN berkata...

Kasi mkn betik/pisang.. InsyaAllah~~

hasyimahshe berkata...

Tengah tunggu jugak ni @gerai opah. Senang sikit..sebab jiran tetangga semua bela kucing. Jadi payah pulak nak bukak pintu

Thank you @yien. Dah cuba dah sebenarnya..tapi nan hado hasilnya