Rabu, 13 Januari 2016

Misi 2016

Kitorg start 2016 ni dengan misi nak kenalkan Faiq Iman dengan buku. Sebenarnya bukan buku je, lebih kepada nak kasi dia kenal sharing tu apa..kasi dia surround dengan yang sebaya dengan dia jugak. Yang mana pernah tengok Faiq ni live, dorang tau la betapa anak aku suka sangat terms "no share". Hatta harta orang pon harta dia.

Tapi kita mak mak jangan la risau. Masa anak anak 1 hingga 3 tahun ni lah masa yang kritikal nak nak anak sulung. Dorang memang tak boleh nak terima sharing tu ape kebende. And anak kita semua tak sama. Masakan tidak, anak buah aku Si Hana tu rilek je kongsi barang ngan Faiq. Tapi bila Faiq dapat, dia buat harta. kohkohkoh. Kesian kawan tu.

Faiq wake at 12 that day so agak lambat untuk ke library sebenarnya. Ye nak makan lagi.. Nak siapkan diri lagi. Walaupun aku dah rush makan sikit je..tetap lah pukul 2.30 ptg jugak sampai nya.

Depan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), kitorang clueless. Mana nak parking. Sebab aku ada buat research sikit, PNM tutup pukul 4 ptg on Sunday and parking fee max RM8. Kan ke tak berbaloi kalau just 2 hours nak pi bayaq parking.

Rupa-rupanya, free parking dek non. Nasib laki aku pi tanya. And parking ada je..maklumlah manusia mana yang nak pergi PNM nye pon. Parent nowadays lebih kepada gadget dari bahan fizikal. Kitorang je pelik.

After register sebab kitorang memang dah aim nak pinjam buku..Ayah naik bangunan utama while ummi and Faiq terus straight ke bangunan sebelah. Pergi ke Perpustakaan Kanak-Kanak.



Aku agak impress gak ler. Sebab rata rata budak yang ada kat dalam tu, semua baca buku. Speaking lagi. Agak senyap untuk library budak budak. Kalau korang pernah masuk mana mana library kids, kompem korang boleh imagine betapa pasar nya library kids kan..But here, aku rasa tak de langsung semak kepala. Infact, Faiq pon behave je..duduk kat kerusi baca buku. Selak satu muka surat pastu cakap "Dah habis" kahkahkah.
Macam tu sehari je boleh khatam semua koleksi PNM.

Alangkan dah sampai, aku pon dah register untuk pinjam, So untuk Faiq, aku amik 3 buku. Limit utk pinjam per IC, 6 buah. So aku simpan 3 untuk aku. Ayah pulak is on mission to complete 100 novels before 2016 end. So pakat pakat buku mana nak pinjam, ayah pergi carik kat bahagian pinjaman.
Sadly, no buku dah ada, siap bagitau available lagi. Tapi buku nya takde. Aku rasa semua perpustakaan kat Malaysia ni camni kot. Sebab ni bukan our first library.

Aku dengan ayahya pulang dengan kecewa. But not for Faiq.
Disebabkan ada 1 hour left before senja, kitorang lanjutkan visit ke Tasik Titiwangsa. Sejak cuaca tak menentu ni, susah nak cakap bila je anak aku main kat luar.

Sampai ketemu PNM. Aku akan sedia kan list lain untuk pinjam for next visit.



Tiada ulasan: