Sabtu, 26 Mac 2016

Gaji

Tadi nak ke Danau Kota sebenarnya. Alih alih ke Ali Maju je. Laki aku cancel plan sebab malam gaji kata dia.

Dok melangut tunggu order sampai, aku merati sekeliling. Mata dah rabak. Ikotkan mata, nak je aku landing kat meja. 

This is what i saw :-

1. Parents dengan toddler naik moto cabuk, pusing pusing ntah carik apa. 
2. Parent dengan 2 toddler naik moto up sikit dari cabuk, berhenti. 

Rasa nak menitis air mata. Nak banding aku dengan 2 situasi ni. 

The first parents yang naik moto cabuk tu tengah carik kucing nak bagi makan. Dan aku tengah menikmati megi goreng sikit pon tak terfikir nak put a side income right after dapat 'gaji'. Kat motor dia, ada seplastik besar lagi pack makanan kucing. 

While the first parents (aku assume dah gaji) menjamu kucing, the second parent tengah ketuk tin tin kosong untuk minimum kan penggunaan ruang. 

Speechless.

Aku masih lagi makan. 

Tiada ulasan: