Selasa, 21 Mac 2017

Homestay D'Teratai Pekan, Pahang

Misi nak clearkan galeri. Pastu baru teringat yang review homestay haritu tak buat lagi. Alahai...Bukan paid review pun, tapi rasa nak share sebab homestay ni murah, selesa buat orang orang yang nak menginap sekitar Pekan, Pahang.

Awal bulan hari tu, syima ada kenduri kahwin kat Pekan, Pahang, This is wedding side ibu. The bride syima panggil Tok Ma (actually mak fiza to me. tok ma to Faiq). Adik beradik ibu yang ke tiga terakhir. 

The first plan, kitorang 5 beradik just nak stay rumah Nenek je. Sebab dah dengar ura-ura, the others (sepupu) semua dah decide nak carik homestay. At the very last minute, ayah decide nak tidur hotel, jadi kami lima beradik kelam kabut lah nak carik homestay so that kitorang masih lagi satu rumah gitu konsep dia. 

Rezeki kitorang - ada homestay available walaupun booking a day before. 

Alhamdulillah the house is quite big. Dah jatuh tahap selesa sangat dah pun untuk kitorang yang ada 12 orang semuanya. 

Masa ni syima dengan ayah tengah tour rumah. Tuan homestay datang hantar kunci. Tuan nya stay depan rumah ni je. Senang kerja.

Owner ni ada 7 biji rumah homestay. 2 biji rumah semi D 3 bilik, yang lain lain ada yang 1 bilik dengan 2 bilik. Macam yang korang tengok, luaskan? Porch boleh muat 6 biji kereta. 
Korang naik bas? Jangan risau ada area baik punya luas untuk park a bus.

Tempat nak lepak kopi kopi ada jugak. Siap kerusi lenggang perut depan each house. Lenggang perut sebab bila kenyang semua menyandar kat sini. 

Jiran sebelah siap buat homeschool luar ni (depan rumah diorang) on pagi sabtu sementara tunggu yang tua tua siap siap. Bagus betul.  

Ruang tamu, tempat syima satu family tidur. Ruang tamu takde aircond which suite Faiq well. Faiq tak boleh takde kipas. Nanti peluh naik, then ruam naik. Even kalau ada aircond, kena jugak ada kipas. So syima memang pilih kipas. Supaya syima tak perlu bangun tengah malam kena sapu lotion tahan gatal untuk dia. Demi tidur berkualiti namanya plan ni. hihi.

Homestay tiga bilik Pekan, yang semua aircond + kipas. Dua bilik katil queen, satu bilik katil single dua biji.
Toilet ada 4 biji. Dua in each queen bed room. Lagi dua kat dapur. So no issue beratur. Tapi tetap la macam perang bila masa mandi.
Bilik ni yang takde toilet dalam nya. Sesuai sangat jejantan duduk dalam ni. 
Toilet semua ada shower. Tapi 3 je ada heater. Yang cangkung tu takde heater. 

Mana nak dapat homestay siap mesin basuh iron board segala? Sini lengkap. Bagus owner ni. Memang musim raya, kitorang ke sini lah lagi. 10 minit je dari rumah nenek. Tu pun sebab traffic light. 

Belah luar macam tak siap lagi. tapi berpagar macam sesuai nak buat sidai baju. Takde la baju kena curik dek hidupan. 

Dapur memang takde tempat masak. Yang ada peti ais dengan water heater. Pinggan mangkuk basic memang dah sedia siap dengan dishwasher paste. 

Kitorang pun datang sebab kenduri. Nak masak kebenda nya. Lapar kalu, moh la ke rumah pengantin. Hehe.

Syima tak pasti siapa tuan homestay ni sebenarnya. Sebab masa text whatsapp, gaya macam orang muda. Masa hand in kunci pun syima jumpa orang muda. 

Tapi bila budak budak ni jumpa nak bayar balance, yang datang nya pak cik. Jadi rasanya ni, perniagaan family. So number tu semua orang alert tolong reply bagai. 

Siap pakcik tu bagi kitorang pinjam ampaian. Entah macam mana bebudak ni ayat pakcik tu. Silap haribulan kalau mintak toto pun dapat. hehe.

Alhamdulillah sangat tak mengecewakan. Kalau ada yang wondering berapa square feet rumah ni, syima teka lebih 1500sq ft. 

 
Half deposit needed. 

Location homestay pekan ni, belakang Masjid At Taqwa (masjid biru) Sepekan jaya, Pekan, Pahang

OK ni syima nak announce yang Vitamin C shaklee dah kembali ke pasaran. Hot item ni sold out hilang dari Malaysia about a month, habis menggelupur semua orang yang nak kulit flawless sebelum raya. hiks! :p

Vitamin C murah dan berkesan dinamakan sustained release vitamin C kerana mempunyai kuasa untuk bertahan selama 5 jam dalam badan dengan melepaskan 100 mg setiap sejam.

Maka 1 biji=500 mg= tahan 5 jam.

Berbeza dengan jenama lain yang serta-merta singkirkan vitamin C melalui buah pinggang.

Sebab badan kita hanya mampu menyerap 100 mg vitamin sahaja dalam satu masa.
Selebihnya akan dibuang melalui air kencing.

Thats why, ramai mendapati vitamin C supplements tak mampu cantikkan kulit pun...

KECUALI JENAMA SHAKLEE!!

Kebaikan SR vitamin C Shaklee:
🌸gebukan kulit dan hilangkan parut
🌸menguatkan gusi dan tulang
🌸menguatkan imuniti badan dari jangkitan penyakit.
🌸menguatkan saluran darah.
🌸membantu proses tambah sel darah merah.
🌸sebagai anti-oksida
🌸bantu penghasilan kolagen dalam badan.
🌸tingkatkan kesuburan.

Syima dah cuba lain jenama. Nanti syima share.

Nak order boleh whatsapp syima. 
018.3252.507
Fb: Hasyimah Hashim
Ig : Hasyimahshe

Tiada ulasan: