Memaparkan catatan dengan label ipoh food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipoh food. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2019

KEDAI MAKAN PAGI DI IPOH

Happy weekend,

Hari gantung kuali kan buat mak mak yang ada? Almaklumlah dah seminggu direct pagi petang siang malam masak je kerjanya. 

To some people, hari gantung kuali ni tak berapa penting. Tapi untuk domestic engineer macam syima, heaven sangat tau!

Bayangkan syima masak almost every day. Kejap masak pagi, kejap masak petang, kejap masak lunch, kadang lunch tu bawak ke dinner. Kadang tu dinner dah tak cukup lauk, so kena masak pulak untuk dinner. It never ends. 

Never.

Masuk je kereta akan ada isu nak makan mana. Since syima bukan asal dari Ipoh, this blog syima nak compilekan segala tempat makan yang syima pernah pergi kat Ipoh ni. Just incase korang perlukan, boleh google je keyword yang berkaitan. Syima harap bermanfaat kepada korang.

Syima harap lepas ni, syima takde pening pening nak makan mana. 

Bila husband tanya je syima boleh search in my blog dan zass, I decide.

Dont you worry, yang syima letak kat blog semuanya boleh dimakan. Yang tak boleh dimakan, syima akan simpan as rahsia.


Pusat Pengumpulan Barangan Sedekah Ipoh Perak

sumber google


Lokasi kedai dalam kawasan manjoi. Boleh search for PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN SEDEKAH IPOH PERAK, KAMPUNG TENGKU HUSSEIN BARU. Kedai makan ni betul betul bersebelahan dengan tempat pengumpulan barang sedekah yang syima sebut tadi. 

Sebaik masuk ke kawasan kedai, syima rasakan this is my first time jumpa kedai bersih gila! Meja berkilat. Pasir takde. Sejuk je rasa bila masuk area kedai.

Nak kata baru bukak, masa tu dah pagi yang lewat. You know, duduk area kampung, pukul 9 am for breakfast dah kira lewat.

The kittens, semua bersih. 


kedai breakfat manjoi siap kolam ikan

Ada pond yang dalam nya banyak ikan kap. Takde bau air ikan. Syukur, sebab hidung syima ni sensitif sikit kalau ada pond terbuka kat kedai makan.

Ada makanan ikan dah disediakan buat anak anak yang nak bagi makan ikan. Once makanan habis, tak topup dah sebab takut overfed.


Nasi Lemak Sotong Sedap di Ipoh

Syima tak sempat tengok juadah apa yang ada. Syima makan nasi lemak sambal sotong. Sambal yang sedap bersama nasi yang sedang elok berlemak nya. 


Roti Telur Garing Kedai Melayu Ipoh

While Faiq makan roti telur garing. Tapi awas untuk anak anak kecik. Kena mention tak nak bawang tak nak cili. Syima tak tau, sudahnya roti telur tu tak berapa diusik faiq sebab ada hirisan cili hijau dan bawang yang disagat.


Awas ada hirisan cili kalau nak bagi makan budak

Antara menu lain
-segala macam roti canai punya adik beradik
-kuih muih
-nasi goreng dan kawan kawan
-telur goyang
-mee hailam

Lokasi yang mudah nak parking, syima rasa syima pasti kembali. Masa tu syima akan update for toilet availability dan operation hour insyaAllah. 

You might as well nak tengok kedai makan lain yang syima pernah update;
-kedai sup kambing di Ipoh

Jumaat, 1 Februari 2019

KEDAI SUP KAMBING DI IPOH

Assalamualaikum. Selamat bercuti panjang. Hati hati di jalan raya ok. Baru sat ni dengar highway hala ke utara sesak sampai polis beri kebenaran guna jalan kecemasan sebagai lorong tambahan.

Ok, sebenarnya syima tak de idea nak share apa hari ni. Saja nak spend masa update blog since kejap kejap lagi nak keluar. Esok lusa pulak sure berjalan merayap.

Tengok gallery hp, ada satu gambar sup tulang yang sedap sampai syima berulang pergi makan.

I tell you guys, bila kami sekeluarga tercari cari sup kambing dulu, sampai ke Batu Gajah tau. So sad kedai tu sebenarnya sup siam yang dicampak tulang rebus je.

Kali ni, syima sendiri rasa seronok nak update sebab dah jumpa dengan sup kambing yang boleh di-repeat berkali-kali.

Lokasi kedai dekat je dengan rumah syima ni ha. Pekan Ipoh. To be exact, Taman Kanak-Kanak. Kalau nak waze, sila waze Medan Selera Dato Tahwil Azar.

SUP KAMBING IPOH
Kalau korang semua ikut kat facebook tentang tempat makan viral Ipoh, kedai ni memang tak viral. Kalau sup kambing yang viral tu pada syima tak sedap. Kuah nya rasa tepung untuk dipekatkan. But this, wallah! Memang pekat dengan buah keras. Lemak kuahnya boleh tak cukup roti nak dicicah.

Selalunya kalau syima order sup kambing ni, syima order memang dua mangkuk (one for me and one for husband) and jalan sikit depan Medan Selera ni untuk ke 7-eleven beli roti potong. Haaaaaa baru boleh cicah banyak sikit. Mana cukup nak cicah sup kambing sedap dengan 2 keping roti yang disediakan aje.

Daging yang lembut bercerai dari tulang tu, sedapnya la hai.

Syima ni bukan suka sangat makan daging yang macam nak tercabut gigi kalau gigit tu.

So, korang yang mencari sup kambing sedap Ipoh, tuju ke Medan Selera Dato Tahwil Azar. Kedai yang bersebelahan kedai Satay Endut. Buka sekitar jam 6 petang. Dan jangan lewat sangat, selalunya sup habis sebelum jam 11.

Next, syima akan share lokasi makan lain sekitar Ipoh. Do follow blog syima kalau nak tau okay. Yang pasti, kedai makan sedap bukan sekadar viral. Local people punya makan.

Bye.