Jumaat, 1 Februari 2019

KEDAI SUP KAMBING DI IPOH

Assalamualaikum. Selamat bercuti panjang. Hati hati di jalan raya ok. Baru sat ni dengar highway hala ke utara sesak sampai polis beri kebenaran guna jalan kecemasan sebagai lorong tambahan.

Ok, sebenarnya syima tak de idea nak share apa hari ni. Saja nak spend masa update blog since kejap kejap lagi nak keluar. Esok lusa pulak sure berjalan merayap.

Tengok gallery hp, ada satu gambar sup tulang yang sedap sampai syima berulang pergi makan.

I tell you guys, bila kami sekeluarga tercari cari sup kambing dulu, sampai ke Batu Gajah tau. So sad kedai tu sebenarnya sup siam yang dicampak tulang rebus je.

Kali ni, syima sendiri rasa seronok nak update sebab dah jumpa dengan sup kambing yang boleh di-repeat berkali-kali.

Lokasi kedai dekat je dengan rumah syima ni ha. Pekan Ipoh. To be exact, Taman Kanak-Kanak. Kalau nak waze, sila waze Medan Selera Dato Tahwil Azar.

SUP KAMBING IPOH
Kalau korang semua ikut kat facebook tentang tempat makan viral Ipoh, kedai ni memang tak viral. Kalau sup kambing yang viral tu pada syima tak sedap. Kuah nya rasa tepung untuk dipekatkan. But this, wallah! Memang pekat dengan buah keras. Lemak kuahnya boleh tak cukup roti nak dicicah.

Selalunya kalau syima order sup kambing ni, syima order memang dua mangkuk (one for me and one for husband) and jalan sikit depan Medan Selera ni untuk ke 7-eleven beli roti potong. Haaaaaa baru boleh cicah banyak sikit. Mana cukup nak cicah sup kambing sedap dengan 2 keping roti yang disediakan aje.

Daging yang lembut bercerai dari tulang tu, sedapnya la hai.

Syima ni bukan suka sangat makan daging yang macam nak tercabut gigi kalau gigit tu.

So, korang yang mencari sup kambing sedap Ipoh, tuju ke Medan Selera Dato Tahwil Azar. Kedai yang bersebelahan kedai Satay Endut. Buka sekitar jam 6 petang. Dan jangan lewat sangat, selalunya sup habis sebelum jam 11.

Next, syima akan share lokasi makan lain sekitar Ipoh. Do follow blog syima kalau nak tau okay. Yang pasti, kedai makan sedap bukan sekadar viral. Local people punya makan.

Bye.