Ahad, 3 Februari 2019

RESEPI PAJERI TERUNG MUDAH

Assalamualaikum :)

Lega dapat duduk diam hari cuti sambil tutup TV. Sejak Faiq kena limitkan screen time atas masalah mata, syima rasa banyak betul masa nak tenung mata dia.

Korang should try.

Baring sebelah anak sama eye level, kemudian sembang dengan dia pasal hari hari yang korang pernah lalui.

The nikmat sangat menyenangkan hati. Tetiba ada kawan nak melepaskan 5000 quota bercakap syima ni. Haha.

Cerita Pajeri Terung ni syima dah lama nak sebenarnya. Nak jugak pajeri nenas tapi nak yang masak sendiri. Tapi masalah utamanya ialah syima tak pandai nak pilih nenas. So untuk latihan, kita cuba dengan terung dulu. Kalau ngam elok kejadian pajeri, kita usaha beli nenas.

3 hari syima plan nak buat baru jadi.


Google sana sini, dapat pulak suggestion makan dengan ulam celur, sambal belacan dan ikan goreng panas panas. Syima takde ulam, ganti dengan pakchoy yang dicelur. Waduh,, kerangupan pak choy tu dengan manis manis nya, kecur air liur. Korek punya korek peti ais, nampak sikit balance budu orang pure kelantan bagi. Tak masin macam yang selalu syima beli. Letak pulak hirisan cili siam yang pedas tu. Memang bertambah nasi makan hari ni tau.

Elok kejadiannya sampai tak cukup nak menyampai ke belah malam.

Syima pulak boleh lupa yang terung dibeli dah guna separuh.

Bahan senang dapat.


Jom check resepi pajeri terung

Bahan-bahan:
1. Bawang merah 1 biji
2. Bawang putih 1 ulas
3. Halia 1/2 inci
4. 2 sudu rempah kari daging Adabi
5. Semangkuk santan pekat
6. Sedikit air
7. Terung
8. Kerisik
9. Garam secukupnya

Syima selesa guna rempah adabi

Step pertama, kisar bahan tumisan iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan kisar ni tadi ditumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging yang tidak dicampur air (kering) ke dalam bahan tumisan tadi.

Godek here and there sampai kari tu naik minyak, its time to masuk terung dah.

Terjun kan terung, diikuti santan dan kemudian air sehingga cukup untuk tenggelamkan terung.

Dah mendidih, masukkan kerisik dan garam.

Bila terung dah lembut, santan dah pecah minyak, siaplah pajeri terung korang 😋

Senang je.