Memaparkan catatan dengan label lauk tengah hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lauk tengah hari. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2019

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

Tak tau nak masak apa bila dah habis raya. Yang syima tau syima lapar nasi. Mabuk dah makan lemang, pulut, rendang, nasi impit. Tekak pun dah tak boleh terima kuih raya. Kalau kerepek pisang tu still boleh hadap sebalang.

Raya kali ni raya yang panjang. Tapi still jugak tak cukup syima nak beraya.

Masih banyak lagi rumah yang tak sempat syima ziarah.

Macam mana pun masih lagi bersyukur diberi kesempatan beraya. Alhamdulillah


Gulai ikan tongkol
Kita mulakan hari di rumah sendiri dengan gulai ikan tongkol. Masa balik Pekan hari tu, tak jumpa pulak rumah yang hidang nasi dagang. Buat pengubat rindu, syima buat gulai ikan tongkol yang selalu orang makan dengan nasi dagang.

Boleh lah buat penghilang kempunan.

Bahan bahan :-


  1. Cili kering
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Lengkuas
  6. Ikan tongkol
  7. Asam keping
  8. Kacang panjang
  9. Santan
Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Kisar halus macam nak buat paste sambal tu.

Sementara tu, ikan tongkol kita rebus dengan beberapa asam keping dan sedikit garam. Syima letak 5 asam keping, hilang terus bau hanyir ikan. Sedikit garam supaya ikan tak rasa plain tawar.

Rebus sampai air rebusan surut nampak ikan. Kira air rebusan dah jadi separuh lah.

Gulai ikan tongkol gu dengan budu

On the other pot, didihkan santan. Sambil didihkan tu keep kacau supaya santan tak berketul ketul. Kebiasaan syima bila dah mula didih tu, syima jaga lagi dalam around 5 minit baru syima boleh tinggalkan pot. Once santan dah betul betul masak, kuah takkan berketul dah kalau kita tinggal. Itu tips nya. 

Dah mendidih santan kita, boleh masukkan sedikit bahan kisar. Syima masukkan sedikit demi sedikit. Takut terover merah pulak nanti.

Dah dapat warna dihajati, boleh masukkan ikan rebus kita tadi. Masukkan jugak kacang panjang yang dipotong 2inch.

Tunggu kuah kita mendidih balik dan perasakan. 

Dah siap!

menu makan tengah hari
Gulai ikan tongkol sedap dimakan dengan budu dan ulam ulaman. Nasi kena nasi panas!

Awas, makan kena jauh dari periuk nasi. Nanti nasi bertambah tambah dalam diam.

Till we meet again๐Ÿ˜‰

Ahad, 3 Februari 2019

RESEPI PAJERI TERUNG MUDAH

Assalamualaikum :)

Lega dapat duduk diam hari cuti sambil tutup TV. Sejak Faiq kena limitkan screen time atas masalah mata, syima rasa banyak betul masa nak tenung mata dia.

Korang should try.

Baring sebelah anak sama eye level, kemudian sembang dengan dia pasal hari hari yang korang pernah lalui.

The nikmat sangat menyenangkan hati. Tetiba ada kawan nak melepaskan 5000 quota bercakap syima ni. Haha.

Cerita Pajeri Terung ni syima dah lama nak sebenarnya. Nak jugak pajeri nenas tapi nak yang masak sendiri. Tapi masalah utamanya ialah syima tak pandai nak pilih nenas. So untuk latihan, kita cuba dengan terung dulu. Kalau ngam elok kejadian pajeri, kita usaha beli nenas.

3 hari syima plan nak buat baru jadi.


Google sana sini, dapat pulak suggestion makan dengan ulam celur, sambal belacan dan ikan goreng panas panas. Syima takde ulam, ganti dengan pakchoy yang dicelur. Waduh,, kerangupan pak choy tu dengan manis manis nya, kecur air liur. Korek punya korek peti ais, nampak sikit balance budu orang pure kelantan bagi. Tak masin macam yang selalu syima beli. Letak pulak hirisan cili siam yang pedas tu. Memang bertambah nasi makan hari ni tau.

Elok kejadiannya sampai tak cukup nak menyampai ke belah malam.

Syima pulak boleh lupa yang terung dibeli dah guna separuh.

Bahan senang dapat.


Jom check resepi pajeri terung

Bahan-bahan:
1. Bawang merah 1 biji
2. Bawang putih 1 ulas
3. Halia 1/2 inci
4. 2 sudu rempah kari daging Adabi
5. Semangkuk santan pekat
6. Sedikit air
7. Terung
8. Kerisik
9. Garam secukupnya

Syima selesa guna rempah adabi

Step pertama, kisar bahan tumisan iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan kisar ni tadi ditumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging yang tidak dicampur air (kering) ke dalam bahan tumisan tadi.

Godek here and there sampai kari tu naik minyak, its time to masuk terung dah.

Terjun kan terung, diikuti santan dan kemudian air sehingga cukup untuk tenggelamkan terung.

Dah mendidih, masukkan kerisik dan garam.

Bila terung dah lembut, santan dah pecah minyak, siaplah pajeri terung korang ๐Ÿ˜‹

Senang je.