Selasa, 1 Oktober 2013

instagram/ hasyimahshe

assalamualaikum.

lama betul blog ni bersawang.

see...this entry pon sampai kena google sawang.

haih~ 


maaflah lately bercinta dengan instagram. do visit me at insta/hasyimahshe for fast/latest update.

Isnin, 13 Mei 2013

asam kecut

Ada satu insiden yang aku tak boleh nak lupa. Walaupun orang dah amik baju dan bayar upah, aku masih terganggu. Itu lah aku. selalu dok pikior balik apa yang berlaku.

Beberapa ketika dulu, ada satu awek hantar kain nak buat baju. kurung moden. dua helai. Disebabkan dia seorang yang free hair dan suka pakai baju sendat mendat.. makanya, satu baju nak cutting orang kahwin (sendat dan mampat) dan satu lagi longgar sikit TAPI tak nak sampai jatuh kategori ustazah.......

Seperti biasa, sebelum aku potong kain dan jahit baju, aku akan make sure baju perfect tanpa sebarang cela.

Aku check kat pattern. aku check kat kain.

Aku iron kain kasi tegang, aku peniti dan ake jelujur. Sebab tu aku jahit baju take time.

Maka bila tiba masa fitting nya, baju pertama (merah) cun. dan aku teruskan dengan baju kedua. Aku potong macam biasa, jahit pon sama. Takda yang special sebab kain biasa dan orang dia pon biasa.  Cuma aku kasi besar sikit as requested.

Dan pabila awek tu nak amik baju, aku pon mintak dia fitting dulu. Ye lah...umah sekentut aje dari umah aku..so boleh la fitting bagai kan....

Dan jeng jeng jeng!!!!!!

Tak muat langsung. Aku repeat. TAK MUAT LANGSUNG. Walhal baju kedua aku BESARKAN!!!!!!!!!

Aku jadi terkezut. Aku musykil. Kenapa baju merah HARITU boleh pakai. Yang kedua, tak boleh sarung? Walhal yang kedua AKU BESARKAN KASI LONGGAR.

Lepas awek tu balik lama aku terdiam. Kenapa? Mengapa? Why? Why ? Why?

Lalu, aku pon check balik ngan pattern, pattern takda masalah. memang aku buat besar dari merah. Kendian, aku check ngan baju kedua. setiap inci bahagian badan, aku amik ukuran nak compare dengan pattern. checked! TAKDA MASALAH. yang terakhir, aku check ngan baju merah.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Aku dah dapat jawapan!

Dan aku malu nak kabor kan.

Adik manis....awak membesar sangat 2 minggu ni.

Apa yang awak makan sampai subur benar 2 minggu ni?

Ke awak telan baja bunga kasi kembang?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

heh.

Itu sebab aku ada blog.

Agak agak muka awek tu macam asam kecut tak kalau aku bagitahu hal sebenar?













Isnin, 8 April 2013

ghairah

Keghairahan seorang wanita.

Esok kerja sudah, maka aku teman EnF.E.T pergi potong rambut dekat Jusco Setiawangsa. Tengah sedap tunggu turn lalu pulak super sonic sambil menangis. Laju. Kuat raungan.

Manalah mak nye. Suka sangat tengok banner depan Jusco tu. Besar besar tulis SALE.

Yang super sonic tu pulak agaknya maknya dah pesan JANGAN PERGI KAT ORANG TAK KENAL. Maka, dia berlari la selaju mungkin dan menangis sekuat mungkin memanggil maknya. Bila sekuriti datang grab dia, meronta ronta pulak dah. Kesian. Kesian tengok super sonic tu struggle dengan mindset nya.

Kadang kadang kesian aku tengok budak yang hilang mak pak nya. Yang paknya dok salahkan maknya, yang maknya, dok salahkan anaknya tak dok menempek kat mak.

Aduhai.





Rabu, 20 Februari 2013

FATIN ALYAA

mungkin pelik bila aku letak FATIN ALYAA as title. hehehehe. tak ade ape yang nak pelik sangat bila aku dah bersemangat waja nak buat segmen. ntah kenapa aku teringin. bukan buat ape pon cuma buat post pasal segmen ni aje.

click banner untuk info.

okay lah rakan rakan mari kita lihat impak nye nanti.

eh jangan lupa nak komen kat ruang tu bila dah join!

Selasa, 29 Januari 2013

azam

Suatu ketika dulu, azam pernah ngorat aku. Maaf EnF.E.T, bukan awak sorang je yang nak kat saya, bhaahahahahahahahah.

Tapi bukan tu yang aku nak cita arini..

Yang aku nak cita, aku menung sepanjang perjalanan aku pergi umah mak aku. Merenung langit nan biru. Matahari yang malu malu nak tunjuk body.

Hari ni dah 29 Januari 2013. Masih tahun baru lagi. Walaupun dah nak abis Januari.



Aku rasa sesak. Memula aku rasa macam aku bakal tak sampai umah mak aku. What the....yang melanda aku ni.? Ape perasaan ni? dan dan tu aku terpikir quote "beribadat seperti maut bakal menjemput"


Banyak yang aku kena muhasabah diri.Banyak yang aku nak perbaiki.

Kadang kadang aku nampak apa yang tuhan dok marah kat aku. Bagi balasan itu ini. Tapi kau sebagai manusia, kejap je ingat sejadah kan. eh eh tu aje ye. kang aku tulis banyak banyak korang dok cakap siti situ sana sini, ini itu begini. aku tak nak jadi abby abadi

Dan aku bersyukur bila aku terdetik gini. Walaupun macam takde usaha nak baiki hari ni supaya lebih elok dari semalam. tapi aku tetap bersyukur.

dan

sigh

bila nak berubah setakuk lagi.

dan bila

bila?


Rabu, 9 Januari 2013

fashion anda #2



who said tudung kahwin kena tuck in? maria elena gorgeous jugak bila tudung tutup tutup.

p/s: taken from maria elena peliks.blogspot.com



Khamis, 3 Januari 2013

Fashion anda #1

Durasi satu jam. Malam minggu.

*Tudung labuh tutup dada, baju labuh tutup punggung dan seluar tight melekap berlekuk lekuk paha.
*Singlet pagoda dan kain pelikat londeh.
*Sleeveless jumpsuit nampak ketiak hitam. Rambut tobek belah kanan. Makeup macam opera liptik merah. Maaf tak cantik wahai perempuan!
*Jubah, tudung awning and veil paras betis. - Sila lah jadi Majlis Bandaraya Ipoh kalau selalu.
*Blouse french ruffles
*Toddler with jubah and tudung. - Damn cute.