Sabtu, 3 November 2012

Random mandom #1 Betis bunting padi

Cinta itu buta. Setiap orang mempunyai taste tersendiri. Ada yang cuma nak staff MEKDI, ada yang nak size M, ada yang nak berkulit putih, ada yang nak orang selain warga Malaysia, ada yang nak nampak tulang selangka..dan macam macam ada....Aku? Hahahaha...tak berapa nak ada jawapan..sebab aku tak perfect mana so aku terima seadanya suami seperti dia menerima aku...cheeeeeewah!! ROMANTIK TAK? ;p

Dan aku suka tengok orang yang dijodohkan oleh orang tua mereka..alaaaa....bercinta lepas nikah.so sweetttt..;)) Pheeewitt Pheewwiit

Tapi tidak bagi orang yang aku jumpa tadi.

Dapur Penyet, Maju Junction : Dinner time. Dua orang couple depan aku dan suami. Satu bermini skirt rambut blonde dan satu ala ala Dato AC Mizal [rambut pacak pacak, rayban, berkulit putih] TAPI berbetis licin [veet la tu]. Peluk peluk sambil order.

Dengar suara je aku dah tau dia jantina apa..Apetah lagi nengok muka dia. Ibarat Ari [Rusdi Ramli : Waris Jari Hantu]. Sama je. Yang beza dia pompuan, Rusdi Ramli lelaki. Jelas kat dahi tulis jantina.

Bukan tu je yang aku nampak.

Macam hari tu, kat Taman Tasik Titiwangsa. Tengah aku jalan jalan, potong pulak dua budak kecik. SERONOK GELAK GELAK. Budak lelaki dan perempuan tu dah jauh kedepan menuju kedai makan. Sekali budak lelaki tu lari patah balik..dapatkan mak nye yang berjalan iringan dengan seorang teman.

Teman dia betis bunting padi. perghhh putih melepak. dan te*** sejembol. sigh (-_-)

Takde lagi dah ke lelaki kat dunia ni?? Fahrin Ahmad kan single. Kalau deme taknak, aku nak.

Herm.

Aku dah kahwin. Kenapa la perempuan kuota SATU JE???






Tiada ulasan: