Khamis, 21 Julai 2016

Pengalaman aku dengan ketagihan gadget anak aku

Aku bukan anti smartphone. Sebab rumah aku ni sendiri ada 3 bijik smartphone. Padahal orang yang guna nya ada 2 aje. Apetah lagi dengan anti-tv anti-pc. Sebab semua ni akan on almost 20 hours per day. As a work at home mother, aku tak lari dari guna alat alat ni sebab nak communicate guano takkan nok utuh surak ye dok?

Bila viral pasal artikel acik jiji (please read here if you havent) aku rasa aku nak share jugak pengalaman aku. Pengalaman aku dengan anak aku sendiri : Faiq iman dan apa yang aku nampak pada Nur Hana Humaira, anak buah aku.

Aku mula dengan hana dulu. Sebab hana bukan anak aku (mati la kalau mak dia baca ;p) mbhahahahaha.

Hana

Hana, anak kepada mak yang bekerja shift. So hana banyak didedahkan kepada smartphone. Kebiasaannya masa nak makan, masa mak dia nak buat house-chores, masa mak dia makan kat kedai makan, masa mak dia nak tido sebab kerja esok pagi tapi anak tak nak tido lagi. 

Dikala mak dia(adik aku) kerja, mak aku yang jaga. Masa mak aku jaga ni yang aku perasan apa yang jadi kat hana. Hana yang utama nya, dia mewarisi suara bertempik macam mak dia. This is well known kalau ko kenal adik aku. Dia punya sembang macam kan ko ni pekak nokharom punya pekak. 

And hana akan bertempik kalau each time tak dapat nak tengok Upin Ipin etc. She just cannot stop yelling. Bingit telinga aku. Kadang rasa cair taik telinga dengar dia bertempik. Masa awal awal dia reti smartphones ni, mak aku kedekut sikit nak bagi hana tengok upin ipin kat phone dia. Sayang phone kata dia. Nak tak nak, adik aku usahakan hana ada tab. pfft! ape pon tak boleh

Dan hana pon bergelumang dengan dunia smartphone dia. Makan semua ok. Cuma sampai satu tahap hana punya cara tengok tab tu macam nak tekeluar mata dia. Then aku pesan kat adik aku, and mak aku, avoid smartphone lebihkan acticity luar. 

Kalau masa dia dgn tab, dia punya mengamuk sampai jiran mak aku datang tanya kabar. Kalau kat luar contohnya, dia boleh buat back-flip masa orang nak dukungkan dia. Punya la mengamuk si hana montana ni. Dah le gemuk macam terung cameron, penat tau nak tahan badan.

Ntah masa bila mulanya ntah, tetiba hana dah tak bawak tab. Masa ni aku perasan hana dah kurang mengamuk macam nak runtuh rumah. Hana dah less nak menjerit jerit bahasa jepun dia. Paling kerap sekarang dia menjerit nak nasik nak nasik macam setahun tak makan. 

Faiq Iman

Masa aku taip benda ni ade selonggok hidupan atas riba yang dah tenang. Kalau tak semedangnya nak tengok youtube. Tu pun slow slow aku ajar dia, ummi is working, after this boleh tengok one story (kalau ko lupa, jawabnya tak dapat hahaha)

Aku ada kesedaran awal tentang bahaya gadget etc sebab dah lama follow acik jiji dari zaman kegebuan ashrof haikol lagi. Tapi aku kalah jugak masa faiq dah start berjalan. Aku nak bekerja dengan mesin jahit tapi anak aku tak boleh nak main sendiri. Then. what did i do? I introduce him to youtube. Hoyyehh mak ko boleh bekerja macam tak de anak. Heaven.... (tangan atas dada mata kedip kedip).

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan kat tengah hari...Aku perasan anak aku ni crancky melampau dan bukan pada masa nak tido atau lapar. Masa tu baru aku realise yang anak aku terlebih expose with this smartphone dan mengalami ketagihan. Kalau orang lain akan cakap anak aku ni kategori biasa lagi, tapi bagi aku dah luar biasa. Bila aku kena dengar dia menjerit meniarap meronta semata mata nak hp. Nak pc nak upin ipin besar punya. HUh! mencabar bertul jadi mak zaman hp power ni. 

Last month musim rayakan, nak dijadikan cerita sebabkan sibuk nak prepare raya, anak aku kurang tengok tv, pc and hp sebab sentiasa ada activiti fizikal. Such as aku buat kuih dalam rumah pastu dia dgn hana main basikal luar rumah. Balik kampung, 5 hari kau anak aku tak tengok tv sebab ada abang and kakak ade nak main dengan dia all the time. Penat kalu, jom tidur. Lapar, makan jom.

Dan sampai lah sekarang anak aku macam sentiasa menyanyi bergembira tanpa kesahkan hp lagi. Gembira aku rasa bila dia sentiasa menyanyi. Walaulah lirik tu aku tak paham sepatah.

Alhamdulillah aku sedar awal.

Tapi sekarang aku rasa masalah ketagihan ni ada pada aku pulak. Whereas aku tak boleh nak berenggang dengan hp. Ye lah bila dah bekerja dengan dunia maya ni, ape je yang ko expect ko kena buat. Sampai satu tahap mata aku ni dah rasa penat. Aku sendiri rasa power aku dah naik. Tv kat mamak biasa aku pergi pon aku rasa dah makin tak nampak. Aku tau aku kena adjust masa aku supaya aku tak ter-drag lelebih on hp and working hours.

Korang yang meniaga online macam mana korang manage?

1 ulasan:

acu yuhan berkata...

hi selamat hari raya.. lets blogwalking