Selasa, 23 Ogos 2016

self reminder : hendak seribu daya

Sebenarnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih tu betul. Dulu masa darjah 3, aku beria xnak amik exam lompat tu. Sanggup bermati matian fail kan paper math so that aku xlayak g exam lompat. padahal aku power math masa tu..kalau power camne aku failkan paper math? hehehehe hendak seribu daya kan? Aku bantai xjawab separuh soalan. kahkah

Tp last last aku xsuka environment darjah 4, sebab kawan kawan best dah pergi naik darjah 5.
Masa PMR plak, aku stress aku nak keluar dari aliran sekolah harian. Aku nak rasa masuk asrama nak rasa berdikari konon nya. So aku pulun habis habisan. Habis semua kelas tambahan aku join. Ape je yg free masa tu aku amik supaya mak pak aku xterbeban. Pegi sek kol 630 pg sebab malas jln kaki so kena tumpang ayah yang nak pergi kerja. Balik rumah around 630 ptg sebab after kelas tambahan lepak kantin siapkan homework plak. Gigih x aku? Hendak sangat masuk asrama kan. haruslah gigih

Alhamdulillah result layak masuk MRSM. Usaha sendiri aje naik turun bas g medical checkup. Bapak aku tinggal hantar aje masa tu.

Itu sebab aku nak lah jadi camtu.

Macam tu jugak dalam bisnes ni. Aku pilih utk xkerja macam org biasa, pergi masuk opis pagi...hujung hujung balik rumah, cukup bulan dapat gaji. Aku pilih nak run small bisnes. Masa aku nak set target, aku make it reasonable tu achieve..then aku dapat. Sekali lagi aku tekan, itu semua sebab aku nak achieve. Tapi bila aku dtg malas aku, aku bg alasan nak tido siang sebab malam aku asik terjaga (Faiq bangun nak menyusu). Walhal masa aku nak achieve target, sama je belah malam aku terjaga jugak dek pendekar lasak ni.

Dalam hal macam ni,mental kena kuat. apa pon kita set kalau ko rasa itu perlu di capai then buat. Jangan create alasan. Tak bagus utk motivasi diri.

Kalau perlu pilih kawan, ko pilih. Pada aku tak perlu sampai buang kawan yang ada. Persahabatan boleh je diteruskan. Cuma bergaullah dengan yg lebih membantu perkembangan ko.

Masa ni jugak ko kena ada perasaan iri hati. Iri hati positif maksud aku. Orang bisnes kecik kecik boleh beli rumah / kereta kenapa ko tak boleh pulak kan ? Iri hati hat ni sangat membantu ko berjaya kelak.

So tuhan dah tunjuk jalan kenapa kita menafikan? Bagi aku 3 sebab ko malas. Aku rasa sebab tu nanti akan berbalik pada diri ko jugak kelak

Jadi set bebetul target ko. Plan bebetul cara nya. And dont waste your time utk benda benda yg dah terbukti tak berguna.

untuk ibu hamil yang nak mudah bersalin
forever bisnes : tempahan tasbih