Rabu, 17 Mei 2017

Bukan penyelamat namanya

Syima tak tahu apa cerita sebenar pasal pelamin RM150 tu. Tapi secara kasarnya cerita dia, pengantin ambil pelamin RM100, sekali pelamin yang jadi masa kejadian tak sama dengan pelamin contoh. Entah macam mana ada pulak superman yang bagi pelamin RM 150 yang kalau ikutkan sama taraf dengan yang rm 1000. Paling cikai dia boleh dapat yang pelamin baru tu, rm600. Tu paling cikai lah. kalau jumpa yg rm 600 tu memang boleh sujud syukur rasanya.

Itu syima tolak tepi.
Syima nak cerita macam mana syima buat pelamin syima ni. ni dah paling murah dah ni. sebabnya semua memang tahap diy.

langsir rm7 x 6 meter x 2 pattern
railing (amik ibu punya)
tap langsir (rm1x 3meter)
pasu rm60
bunga rm50
spotlight pinjam
carpet pinjam
alas pentas rm3x 3meter
chandelier rm30
kerusi rm400
total lebih kurang RM650

See memang tak sampai seribu pun. Tapi syima tak kira dengan kudrat yang membuat nya. Yang dok cucuk bunga, yang dok jahit langsir, yang dok pasang spotlight.

Let say syima charge sorang rm3.50 macam syima dapat masa kerja 7e dulu. Nak buat tu semua je makan hari, dah berapa pulak syima nak charge. Tak ke tu dah jadi modal jugak. Ada pikir manusia yang nak tolong tu nak berbayar jugak? Berapa ramai aje lah manusia kat bumi ni yang tak kisah tak dibayar. Kalau pun tak dibayar, mungkin cuma sekali dua. masuk 44 kali, dorang mesti tak datang dah kalau enko jemput untuk tolong2 majlis.

Dapat pulak ipar duai sedara mara yang jenis berkira malas nak tolong. Mau mereput pengantin sorang sorang dok anyam pelamin.

Ni untuk pelaminan aje tau. Untuk pasu bunga telur tu lain kira pulak. Untuk Alat merenjis lain pulak. Kipas malu malu kucing tu pun tak kira.

Nasib sekali seumur hidup, kalau berkali-kali? memang tak lah syima nak repeat lagi. Penat tahu usaha kita tu tak mendatangkan faedah. Dah lah bersanding tu bukan wajib. Tapi reason syima buat tu pun nak kenangan gambar tu molek sikit lah hendaknya.

Yang si penyelamat pelamin RM150 tu, kalau ada yang PM bertalu-talu nak pelamin yang sama satu Malaysia, nak ke dia jadi 'penyelamat'?

Konfem terus taubat.

Tapi kalau itu cara nya nak marketing kan diri, it is crazy man. Anda sedang membunuh diri sendiri rasanya. Kalau di-reject permintaan yang ramai-ramai tu tak jatuh ke reputasi? Malaysian nowadays kuat viral kot.

Sebab tu kalau tang bisnes kalau kita buat untung 'sedekah' ni, ramai yang endup dengan bungkus. Tak tahan beb, kerja separuh mati, tapi ambil untung sikit sesangat. Bila tak berbaloi, nanti hujung-hujung akan putus asa bila bisnes orang lain makin maju, bisnes sendiri tak nampak hala tuju.

Sekarang syima into Shaklee pun sebab dah fedup dengan jadi agen. Sekali nak grab agen, kena sedebuk RM400. Item tak sold pun dalam sebulan. Selalu sold dalam 3 bulan. Alahai, bila nya nak kaya macam tu. Nak jadi dropship lagi lah.

Kalau Shaklee, untung runcit sendiri tentukan. Berapa sale kita tu nanti akan jadi point. With this point, kita boleh turn kan into BONUS. Masuk lagi duit syima 14 hb setiap bulan. Alhamdulillah this is the best ever dropship.

Bukan tu aje, ada support group dari Master Doctor Hasifah. Sangat faham dengan dunia orang orang yang zero in business.

Kumpul points boleh dapat CARBONUS. Suka hatilah nak beli apa pun. Ada yang buat beli rumah, ada yang buat beli kereta.
Setahun sekali punya points terkumpul boleh dapat free trip.
Kalau macam ni punya bisnes, baru lah rasa I LOVE MY JOB.






2 ulasan:

Mrs. A berkata...

Macam itu pun dah cantik dah pelamin tu.

hasyimahshe berkata...

@Mrs. A : alhamdulillah. kebanyakkan bahan recycle balik untuk org lain. Jadi jimat selamanya. hikhik