Khamis, 18 Mei 2017

Lapik pakai talam kalau tangan tak muat

Dah siap siap bergelap semalam, boleh pulak husband syima join FB live. Dah lah bunyi macam pidato, kejap kuat kejap slow suara, yang husband syima boleh pulak buat-buat tak faham yang anak dia senang terganggu kalau bunyi macam video best sikit. Dah orang tu tak jadi nak tidur.

Sekali pelepap kena lempang.

Terus terkaku masing masing yang tengok live tu. Tak tahu lah nak kesian ke tak.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ha itulah dia. Memang takde lain lagi dah. Benda hal hal percakapan ni, sebenarnya betul lah kata orang tua-tua. Kena berlapik sikit. Kita bukan nak kipas orang sampai nak jek jek dia jadi paling dewa sekali, tak. Kita cuma nak tunjuk kan kita ni bijak sikit, bersopan sikit. Tu aje.

Ada satu situasi yang mana si A tengah melepak luar rumah si B yang merupakan orang tua. Si A ni muda belia. Yang si B ni takde apa apa pun sebenarnya, tapi dia lempang nya si A ni tadi. Sebab nya cuma si A ni menyembang macam tak hormat orang tua lain. Dok la mencarut carut benda mengarut. Lempang dek carutan tu dah satu hal. Yang ko beria membangkang orang tua tu dah kenapa? Kot ye pun, town down sikit intonation ke, change frasa ke, jadi lah macam ko bagi pendapat. Ni tak, sama gaya macam bercakap dengan member.

Dalam discussion suami-isteri-family pun kena jaga jugak cara kita bercakap. Jangan nak pikir kita aje yang betul. Nanti boleh jadi nampak nau kita ni paling bodoh. Mula-mula cerita pasal malas, lepas tu kait dengan duit, pastu kait dengan nafkah, pastu kait dengan masa. Eh dah kenapa macam takde benda spesifik nak dibincangkan? Kenapa macam dah jadi macam 'saja cari pasal'?

Addressing someone jugak kena betul. Kalau orang tu pangkat pak, mak, abang, dato seri hatta kawan sebaya pun kena jaga-jaga. Kang kot dok semangat sangat nak sembang, dari abah-ateh terus jadi abah-aku. Mana tau semangat nak cerita kat abah tu macam bersemangat nya sembang kedai kopi dengan member.

Benda benda macam ni, syima percaya kita yang kena mulakan dulu. Tak payah nak harapkan orang lain. Dari kecik kalau dah biasa polite, kelak bila besar dengan sesiapa pun boleh polite. And macam mana situasi pun mesti kita boleh turn the question kepada polite way.

Ni kita asyik nak harapkan orang je yang sujud tapak kaki kita. Yang kita ni nak sangat mendabik dada.

Bukan susah pun. Just go back and practice.