Selasa, 11 Disember 2018

PETUA MENAIKKAN HB SEMASA HAMIL

Assalamualaikum. 
Memandangkan syima berada disekeliling orang yang pregnant, syima nak share cara naikkan HB ibu hamil. 

Setiap ibu hamil akan mula risau bila disahkan HB low. 


"Risau sangat esok kena cucuk dose pertama naikkan HB"
"Nurse bising Hb low. Habis buku merah kena tulis dengan pen merah"
"HB saya selalu low. Nak telan ubat KK tak boleh."
"Macam mana ya nak naikkan HB? Saya risau kena czer"

Belum lagi kena bebel dengan nurse and doctors kan?

So jom usaha naikkan HB dengan makanan di bawah.

  •  DAGING MERAH


Dalam daging merah merupakan makanan terbaik untuk tambah HB ketika hamil. Sama ada daging kambing atau lembu, ia mempunyai jumlah zat besi yang paling tinggi. Zat besi dalam daging merah pula adalah antara zat besi yang mudah diserap. Patutlah masa syima mengandung dengan alahan, bihun sup daging dapat melegakan keadaan. Ada manfaat rupanya!

  • BROKOLI


Sayur yang kelihatan hampir seperti bunga tangan perkahwinan ini, merupakan antara sayur hijau yang mengandungi banyak vitamin, zat besi dan juga folat. Nak makan brokoli paling enak, kukus atau bakar brokoli bersama lobak merah yang didadu. Boleh jadi snek ketika menonton tv tau.

  • PISANG

Memakan 2 biji pisang setiap hari sangat baik kerana pisang merupakan antara buah yang tinggi zat besi. Selain mengandungi zat besi, pisang juga mengandungi asid folik yang perlu dalam pembentukan sel darah merah. 

  • KEKACANG

Rasa nak mengunyah? Kekacang adalah jajan terbaik ketika hamil. Gantilah makanan ringan, jeruk serta asam dengan kekacang okay?

  • BAYAM

Antara sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi ialah bayam. Sama ada bayam merah atau hijau, ia mengandungi zat besi dan folat yang baik untuk memerangi anemia. 


  • KERANG

Kerang juga antara menu yang membantu menaikkan HB ibu hamil yang rendah. Boleh pelbagai dalam menu masakan seperti kerang rebus, kerang bakar dan sebagainya. 

  • TELUR

Telur mengandungi protein dan antioksida yang akan membantu mengekalkan paras hemoglobin bagi penghidap enemia. Sebiji telur besar dikatakan mengandungi 1mg zat besi yang mana memakan telur setiap hari dapat memerangi anemia.

  • OAT

Makanan mudah tercerna seperti oat sangat membantu ibu hamil yang sukar makan. Antara khasiat oat ialah megandungi zat besi, serat dan mineral lain. Walaupun nampak kurang berselera untuk ditelan, cuba pelbagaikan gaya persembahan oat seperti dimakan bersama buah strawberi, blueberi dan sebagainya. 

  • BUAH DELIMA

Buah delima, buah masam masam manis yang kaya dengan zat besi, kalsium, serat dan protein. Amat popular dikalangan ibu hamil yang rendah hemoglobin. 

  • MADU

Memasukkan madu dalam diet harian dapat membantu penghidap enemia ketika hamil. Pastikan madu yang dibeli adalah madu asli dan bukan madu tiruan yang telah dicampur gula. 

  • KURMA

Makanan sunnah yang memberi manfaat banyak kepada ibu hamil. Kurma dapat menghasilkan sel darah merah dan membantu memberikan tenaga segera kepada ibu hamil. 

  • KISMIS

Untuk ibu hamil yang bekerja atau tidak, mengunyah kismis sebagai ganti kepada jajan adalah sangat disarankan. Sambil bersandar, kunyah lah jajan berkhasiat ini. Bukan sekadar untuk anemia, bahkan baik untuk minda si kecil dalam kandungan. 


ELAKKAN KAFEIN

Hindarilah sumber yang berkafein. Teh dan kopi antara yang teratas dikalangan penyebab zat besi terhalang. Selain dari itu, jarakkan pengambilan sumber kalsium. Kalsium turut menghalang penyerapan zat besi secara optimum. 


MAKAN MAKANAN TAMBAHAN

Pengambilan makanan tambahan adalah disarankan kerana anemia merupakan salah satu tanda badan si ibu tidak cukup zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang kini dikongsi bersama kandungan. Adalah digalakkan untuk mengambil makanan tambahan seperti VITALEA yang mengandungi zat besi. Zat besi pula memerlukan VITAMIN C untuk penyerapan optimum. Elakkan juga pengambilan susu dan minuman berkafein sejam sebelum atau selepas makan zat besi atau ia akan menjadi usaha yang sia-sia. 

supplement naikkan HB ibu hamil
Testimoni Vitalea



NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Pengedar Shaklee Ipoh
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe