Sabtu, 8 Disember 2018

RESEPI APAM TEPUNG BERAS

Assalamualaikum korang.
Hari ni syima nak share RESEPI APAM TEPUNG BERAS PASTI JADI. Sesuai sangat lah untuk korang yang memang zero bab nak campur aduk bahan kalau nak buat kuih tu.


RESEPI APAM TEPUNG BERAS TANPA NASI
Resepi yang syima nak bagi ni resepi apam tepung beras tanpa nasi sejuk tau. So kalau takde nasi sejuk tak usah pening pening nak tanak nasi semata nak masak apam.

Resepi ni jugak resepi apam tepung beras tanpa eno. So senang je. Tapi tak dapat lah effect apam merekah tu. Yang ni apam flawless gitu.

So jom kita check it out bahan bahan yang diperlukan:



  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 1 /4 cawan air suam
  • 1/2 sudu teh mauripan yis
  • secubit garam
  • pewarna pilihan

Cara nak buat pun senang je. Syima yang takde asas baking pun boleh buat. Takut uli, no worries resepi ni takde uli. godak pakai sudu je.

Memula sekali campurkan air suam dengan yis + gula perang. Kacau sebati tau. Tutup kejap dengan tudung periuk nak kasi gelap. Dalam seminit dua, cek balik adunan tadi ada bau masam tak. Kalau ada masam, boleh proceed. Kalau takde bau masam, kena tukar yis. Bau masam tu tadi menandakan yis kita hidup. Bila hidup, apam kita akan naik elok je nanti.

Next, campur semua bahan berbaki kedalam adunan air gula yang kita buat tadi. Kacau sampai adunan sebati dan tidak berketul ketul. Biarkan kembang dalam setengah jam ke sejam.

Tadaaa settle dah bab adunan.

Now kita move to acuan. Acuan tak kisah bentuk apa janji acuan tu disapu minyak serata ratanya.

Sudukan adunan sehingga 3/4 tinggi acuan. Nanti dia naik, terkeluar pulak apam dari acuannya.

Kukus 15minit.

Senang je kan. Elaboration je panjang.

Selamat mencuba!

Jangan lupa nanti share dengan syima hasilnya ya.





YOUTH Promo untuk December 2018.
Berminat nak dapatkan YOUTH Starter Set atau YOUTH Renew & Maintain Set,
boleh hubungi syima di 018-3252507.

atau

NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Rakan Shaklee Anda:
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe