Ahad, 16 Disember 2018

TIPS KEKAL BERTENAGA UNTUK JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum.

Umrah musim sejuk dah tiba. Orang disekeliling syima pun ada yang mengerjakan umrah bulan ni. Semoga yang pergi selamat pergi dan kembali dan semoga urusan anda disana dipermudahkan.


JEMPUTAN YANG SANGAT DINANTIKAN DAN DICEMBURUI


Jujur syima kata, syima sangat berkeinginan untuk menjejakkan haji atau umrah sebelum jejak negara negara lain. Sampaikan satu tahap, syima wajibkan diri syima travel dalam Malaysia sahaja selagi tak pernah jejak Tanah Suci Mekah.



CABARAN HAJI ATAU UMRAH

Cabaran yang paling kerap syima dengar ialah jarak perjalanan Hotel. Kebiasaannya, Hotel yang paling dekat dengan pintu masuk Masjidil Haram menelan belanja lebih tinggi berbanding hotel yang jauh kedudukannya dari pintu masuk Masjidil Haram. 

Bukan setakat jarak perjalanan hotel sahaja yang menjadi masalah. Kudrat kita sebagai jemaah akan digunakan jugak untuk rukun yang lain seperti Tawaf dan Saie.

Antara perjalanan jauh ketika mengerjakan ibadah ini ialah :

  1. Anggaran tawaf 700m hingga 1km x 7 pusingan = 7 km
  2. Anggaran Sai, dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 450m x 7 pusingan = 3.2km
  3. Jarak antara Jamrah ke Jamrah pula dianggarkan 250m hingga ke 400m. Jarak dari khemah ke Jamrah pula dianggarkan 10km.
  4. Maka, anggaran perjalanan untuk ibadah Haji lebih kurang 50km hingga 60km manakala untuk ibadah umrah sekitar 10km.



PENYAKIT BERJANGKIT

Bentuk muka bumi berpasir, ribuan manusia dari setiap pelosok negara, faktor cuaca dan pelbagai lagi faktor boleh meningkat kan risiko mendapat penyakit. Paling kerap batuk, demam dan selsema.



TIPS BUAT JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Kekal hidrat
Cuaca di Tanah Suci sangat berbeza berbanding cuaca di Malaysia. Sama ada terlalu kering atau lembap, dua dua cuaca memerlukan kita untuk kekal hidrat. Dehidrasi akan menyebabkan kita mudah batuk, selsema dan demam.

Tidur yang cukup
Setiap masa yang ada di Tanah Suci seboleh-bolehnya jemaah nak memanfaatkan masa dengan ibadah. Pastikan tidur masih lagi cukup untuk rehatkan badan akibat cuaca dan aktiviti. Ini masih lagi faktor utama jemaah jatuh sakit.

Pakaian yang sesuai
Pilihan jenis fabrik dan warna perlu dititik beratkan. Warna hitam lebih menyerap haba manakala warna putih memantulkan haba. Fabrik jenis kapas sesuai untuk keadaan panas manakal fabrik polipropylene merupakan fabrik kalis air dan dapat memastikan tubuh lebih panas. 

Makan ikut waktu
Bukan sahaja jadual makan di Tanah Suci, di mana mana pun kita berada, pemakanan haruslah dijaga. Terlebih makan boleh membuatkan kita sebu manakala, kurang makan akan membuatkan kita mudah diserang gastrik.




CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK HAJI ATAU UMRAH


  • Vitalea
Multivitamin yang membekalkan nutrisi lengkap.
  • Herbal Blend Cream
Melembapkan kulit kering akibat cuaca melampau. 
  • Ostematrix
Membantu mengelakkan kekejangan otot akibat banyak membuat pergerakan. Terutamanya kejang otot kaki. Sangat sesuai dimakan sebelum tidur untuk melegakan otot yang tegang bagi mendapat tidur lebih lena.
  • Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semula jadi. 
  • Sustained Release Vitamin C
Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit. 
  • Omegaguard
Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit, memelihara fungsi sendi dan bersifat anti radang
  • Performance Drink
Mengelak dehidrasi dan mengekalkan stamina.
  • CoQtrol Plus
Supplement tenaga yang juga membantu keadaan berkaitan jantung.
  • Vivix
Membantu menyokong kesihatan sendi dan otot. Juga supplement pemberi tenaga. 




NAK BELI SEKARANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=44cc3bcbd1ab8ca953a84ec52398a16d

Atau ingin menjadi ahli Shaklee untuk penjimatan hebat?

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1241234

Nikmati manfaat bonus tunai dan penjimatan harga hebat jika menjadi ahli Shaklee. Ingin menjadi pengedar Shaklee untuk mendapatkan pendapatan? Sertai team business kami, Aces High Group yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dan fleksibel.
Pengedar Shaklee Ipoh
Hasyimah Hashim ID Shaklee 1241234
SMS / Whatsapp : 0183252507
Fb page : Hasyimahshe
Personal Fb : Hasyimah Hashim
Instagram : Hasyimahshe