Isnin, 30 Mei 2016

Anak lambat bercakap, salah siapa?

Dengan rasmi nya aku nak announce anak aku dah boleh bercakap. Tu pun lepas dia dah boleh sebut tutup as tutup, bukak as bukak. Yang pelat pelat tu okay lagi. Tapi kalau benda yang disebut tu cuma aku je yang paham, tu tak kira lah ye.

Age 1 year 11 months.

Ye lewat. Sebab anak lelaki. Anak perempuan lain cerita. Tapi ada satu lagi sebab ; SEBAB AKU.
Mesti semua orang pelik pe kebenda nya aku jadi sebab anak lambat cakap. Untuk pengetahuan semua, aku cuma duduk rumah goyang kaki, tidur, makan dan mandi bersama keluarga tercinta. Yes aku doplopat jam dengan anak aku. Dan aku bahagia (eh eh tetiba)

Sebagai anak lelaki, penerimaan budak lelaki ni berbeza. Tak sama dengan anak perempuan. Beza dia, boys learn dengan cara main. While the girls, ko boleh ajar bercakap dengan cara banyak bercakap dengan dia.

Yang aku pulak seorang mak yg punya 2 taik lalat tepi mulut. pok pek pok pek siang malam pagi petang. Tak cukup dengan faiq, aku sambung plak ngan apaknya. Tak response takpe..apeadehal. Salah sebut word pon aku maintain confident.

So, the whole time ngan faiq, aku dok la bersembang dengan dia. Siap buat kelas menyebut lagi. haram anak aku nak repeat. Dia siap takde bubbling macam budak lain ko tau. Dia cuma merengek aje. Terpaksa la maknya study sign language.

Sampai la satu masa aku terjumpa satu article pasal mengajar anak bertutur. Tapi article tu devide la ikot jantina anak. Baru aku realise yang aku telah membantut kan sel sel bercakap anak aku. Sementelahan itu (cewah), aku ubah routine aku. 
 
Macam kan kalau dia main excavator, aku tanya color, tyre mana? excavator buat ape? excavator iman besar ke kecik? excavator (yang sebenar) tu besar ke excavator iman (toys) besar?
Yang ni dia tengah main flaxseed. Makanan diet bapak dia yang sikit lagi nak expired. Bila dia main cedok guna excavator (fav toy) dia, aku tanya lah dia excavator buat ape tu? Flaxseed tu wangi ke busuk? At the same time ko kena gak response kat soalan ko tu untuk bagi dia idea nak jawab ape. Jangan pulak ko pikir dia akan ter-genius terus boleh jawab : Flaxseed busuk. Mbahahahahahaha.
While dekat playground pulak, aku cuba ajak dia bersembang dengan kawan yang ada kat situ. Macam hai, kakak, abang, main. Sebab anak jantan ni, otak (padlock) dia macam perlu ada satu key (permainan), bila key to bukakkan padlock, barulah otak dia nak develop. 
Ni nak bagitau, dah seminggu sebenarnya aku dok jual INSTANT SHAWL (sekali sarung & 2 loop)
As a mother to toddler, aku memerlukan sesuatu yang memudahkan aku, 







Material bubble 
IRONLESS
PINLEES
Labuh depan / belakang
Labuh boleh adjust ikot pemakaian masing masing


Harga RM25 FREE postage semenanjung. ss add rm3.


order via whatsapp 018-3252-507.

p/s: 2 loop takde dalam gambar. 

Sabtu, 26 Mac 2016

Gaji

Tadi nak ke Danau Kota sebenarnya. Alih alih ke Ali Maju je. Laki aku cancel plan sebab malam gaji kata dia.

Dok melangut tunggu order sampai, aku merati sekeliling. Mata dah rabak. Ikotkan mata, nak je aku landing kat meja. 

This is what i saw :-

1. Parents dengan toddler naik moto cabuk, pusing pusing ntah carik apa. 
2. Parent dengan 2 toddler naik moto up sikit dari cabuk, berhenti. 

Rasa nak menitis air mata. Nak banding aku dengan 2 situasi ni. 

The first parents yang naik moto cabuk tu tengah carik kucing nak bagi makan. Dan aku tengah menikmati megi goreng sikit pon tak terfikir nak put a side income right after dapat 'gaji'. Kat motor dia, ada seplastik besar lagi pack makanan kucing. 

While the first parents (aku assume dah gaji) menjamu kucing, the second parent tengah ketuk tin tin kosong untuk minimum kan penggunaan ruang. 

Speechless.

Aku masih lagi makan. 

Jumaat, 25 Mac 2016

Ipoh

Last weekend, secara gopoh gapah nya terus pack nak balik Ipoh. Memula plan tak nak balik. Biasalah laki aku ni mana nak hadap jalan jem bagai. Nak nak ke utara masa musim cuti sekolah. Tapi dah semua adik beradik dia dok plan nak bercuti. Hadapkan aje. Nasib jalan lengang. Kalau tak masak 6 jam. Tobat tak nak balik kampung lagi dah pastu. Hahah
Kali ni balik, overall aku laki bini tak penat sangat macam yang last time. Masa last time balik, si Faiq ni baru 75% loading cara jalan dia. So asyik nak kena perati je 24 jam. Kang tak membontot dia, jatuh kang tak memasal. Itu belum lagi masa aku membontot ke dia, dia tetap jugak luka situ sana sini. Sigh
Tetiba anak aku dah ada kat luar rumah. Reti pulak nak carik port sejuk. 
Ipoh panas dia lain macam kali ni. Yang si Faiq ni pulak, asal kan aku panggil untuk susu je, gini lah gaya dia. Tak mau katanya. Penyudahnya, bantai minum air manis bergelas gelas. Tak kesah lah nak,,, jangan ko dehydrate udah lerrr.

Malam tu malam first kitorg kat Ipoh. Aku tak pasti lah kalau kat tempat lain kat Ipoh panas jugak ke tak. Tapi memang aku tak boleh nak tido. Faiq pon siap berjuta kali dok setting badan carik kipas. Padahal tempat kitorg tido tu kipas dah laju. Tingkap semua aku bantai bukak. Fenin mak. 
Esok nya, terus aku ikot bebudak ni lepak Kolam kat stadium. Ko tengok tu, swimmer boleh pulak tidur. Padahal dia yang excited nak pakai swimming suit before gerak tadi. Alih alih tidur. 

Tu la...semalam tak tidur pagi, tak tidur petang..Pastu malam nya tidur tak nyenyak..Itu bahana nya. 
Ni cubaan kitorg nak jaga kan dia. Saja kasi alih sana alih sini. Tak ade nya nak bangun. Buat deeeekkk je dia. Last last abg abg dia usik, bising bising, pegang pipi dia dgn tangan sejuk. Jaga juga. Haha

Tak ingat mak ye uollsss..
Boleh pulak tersama baju dengan bapaknya. LOL

Esok nya, ahad, kitorg plan nak ke Cameron. Janji nya nak gerak 730 pg. Tapi, masing masing still lagi berkubang. Sebab malam tak nyenyak tidur akibat kepanasan. Last last pukul 12, ke Ulu Chepor lah kita. Nak ngelak kan cuaca panas punya hal. 

Almost 2 jam Faiq berendam sampai dia sendiri nak naik. Sebab dah menggigil. Sedap la sikit badan untuk hari ahad tu. 

No picture kat Ulu Chepor ye. Sebab aku sekali sibuk berendam. Orang ramai sampai parking penuh..Batu batu sungai semua ada penghuni. Kang kalau aku naik amik hp, batu aku ada orang amik. Kihkihkih.

Isnin nya, memula nak balik lepas subuh sebab nak sejuk berganda. Alih alih petang baru gerak. Tu pon bila hujan dah start. Around kol 5. 

Alhamdulillah selamat sampai pukul 930mlm. Hahaha..Lama gila travel Ipoh-KL. Bawak slow sebab lori banyak..pastu banyak pit stop.

Bila ada anak sorang ni, banyak aku pikir, Bukan senang nak handle budak yang banyak tenaga ni. Mak nya kena kuat, banyak tenaga sama macam anak. Kalau letih je manjang, tu yang sampai tanduk tembus kulit kepala tu. 

Tapi just ingat satu benda lah. Kalau kita sebagai mak kuat marah, anak jadi kuat marah. Tetiap kali aku nak marah Faiq, aku cuba ingat tu. Kadang terbabas jugak. Sebab 24 jam dia bawah ketiak aku. 

Masa ni ayah ayah kena main peranan jugak. Jangan kan sebab isteri suri rumah, di lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kat bini. Anak engko jugak pak nya. Tak kesian ke anak tak dapat kasih sayang bapak?

Macam aku laki bini, sebabkan siang aku jaga..bapak dia sendiri willing nak mandikan petang, suapkan makan, bersembang baby talk. Kadang tu, bapak dia jadi kerusi empuk masa tengok Upin Ipin. 

Syukur dapat laki macam ni. 


Minyak Kelapa Dara D'Aura untuk mudah bersalin.
RM79 / set + FREE POSTAGE

Aku guna ni untuk tambah tenaga sekarang. Masa pregnant dulu, aku consume untuk elak gunting ketika bersalin. Dapat elak gunting, dapat lah jugak elak jahit. Semua atas ketentuan Allah. 

Nak order, whatsapp 018-3235-798.



Sabtu, 16 Januari 2016

10 yang penting

It suppose to be sharing article. Tapi takut susah nak jumpa. So jadi lah note.
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB... . Tulisan Dato Roslan Abd Hamid . Saya jumpa lelaki tua ini.. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.. Baca al Quran.. Umur dlm 70an.. . Duduk rumah dkt masjid.. Rumah agam besar & menarik.. Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta.. . Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.. . Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. Katanya malu.. Saya minta 1 formula, dia berikan 10... . Saya catat & mahu kongsikan.. . 1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa.. Doa ibubapa adalah segala galanya.. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. Doakan mereka apabila telah tiada.. . 2. Jaga masa.. Ia datang & berakhir.. Urus masa antara 5 waktu solat.. Atur kerja dgn sebaik cara.. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan.. Berada di masjid, sebelum azan.. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.. . 3. Berdoa dgn khusyuk.. Berserah pada Allah & bertawakal lah.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. . 4. Namun begitu, kena lah berusaha.. Usaha pagi ptg siang & mlm.. Usaha lah bersungguh2.. Usaha bermula dgn berniat.. Lepas itu buat, sampai dpt.. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula.. Adakan masa utk baca Al-Quran.. Maka dia pun nasihatkan saya.. "Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran.. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas.. Kadang2 sampai 1000 kali sehari.. . 5. Jaga Kesihatan.. Banyak kan berjalan kaki.. Banyaknkan minum air masak atau air mineral.. Jaga pemakanan.. . 6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan.. Ikat perut & usah membazir.. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan.. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan.. Sentiasa lah belanja org mkn & minum.. Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu.. Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai org susah.. Belanja mereka mkn & minum.. . 7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... Apabila dlm perjalanan, berhenti.. Cari lah masjid.. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur.. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama.. Boleh dgr org mengajar.. Boleh juga baca kitab.. Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi.. Siapkan bahan utk kerja esok hari.. . 8. Usah takut jumpa org.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.. Biar kita merangkak panjat bangunan.. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri.. . 9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.. Usah cakap sakit.. Apabila sakit, senyum.. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga.. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina.. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org.. . 10. Niat kan mahu kaya.. Niat kan mahu bantu ramai org.. Niat mahu jadi manusia berguna.. Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah.. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.. Maka tulis alamat betul2...
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

Rabu, 13 Januari 2016

Misi 2016

Kitorg start 2016 ni dengan misi nak kenalkan Faiq Iman dengan buku. Sebenarnya bukan buku je, lebih kepada nak kasi dia kenal sharing tu apa..kasi dia surround dengan yang sebaya dengan dia jugak. Yang mana pernah tengok Faiq ni live, dorang tau la betapa anak aku suka sangat terms "no share". Hatta harta orang pon harta dia.

Tapi kita mak mak jangan la risau. Masa anak anak 1 hingga 3 tahun ni lah masa yang kritikal nak nak anak sulung. Dorang memang tak boleh nak terima sharing tu ape kebende. And anak kita semua tak sama. Masakan tidak, anak buah aku Si Hana tu rilek je kongsi barang ngan Faiq. Tapi bila Faiq dapat, dia buat harta. kohkohkoh. Kesian kawan tu.

Faiq wake at 12 that day so agak lambat untuk ke library sebenarnya. Ye nak makan lagi.. Nak siapkan diri lagi. Walaupun aku dah rush makan sikit je..tetap lah pukul 2.30 ptg jugak sampai nya.

Depan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), kitorang clueless. Mana nak parking. Sebab aku ada buat research sikit, PNM tutup pukul 4 ptg on Sunday and parking fee max RM8. Kan ke tak berbaloi kalau just 2 hours nak pi bayaq parking.

Rupa-rupanya, free parking dek non. Nasib laki aku pi tanya. And parking ada je..maklumlah manusia mana yang nak pergi PNM nye pon. Parent nowadays lebih kepada gadget dari bahan fizikal. Kitorang je pelik.

After register sebab kitorang memang dah aim nak pinjam buku..Ayah naik bangunan utama while ummi and Faiq terus straight ke bangunan sebelah. Pergi ke Perpustakaan Kanak-Kanak.



Aku agak impress gak ler. Sebab rata rata budak yang ada kat dalam tu, semua baca buku. Speaking lagi. Agak senyap untuk library budak budak. Kalau korang pernah masuk mana mana library kids, kompem korang boleh imagine betapa pasar nya library kids kan..But here, aku rasa tak de langsung semak kepala. Infact, Faiq pon behave je..duduk kat kerusi baca buku. Selak satu muka surat pastu cakap "Dah habis" kahkahkah.
Macam tu sehari je boleh khatam semua koleksi PNM.

Alangkan dah sampai, aku pon dah register untuk pinjam, So untuk Faiq, aku amik 3 buku. Limit utk pinjam per IC, 6 buah. So aku simpan 3 untuk aku. Ayah pulak is on mission to complete 100 novels before 2016 end. So pakat pakat buku mana nak pinjam, ayah pergi carik kat bahagian pinjaman.
Sadly, no buku dah ada, siap bagitau available lagi. Tapi buku nya takde. Aku rasa semua perpustakaan kat Malaysia ni camni kot. Sebab ni bukan our first library.

Aku dengan ayahya pulang dengan kecewa. But not for Faiq.
Disebabkan ada 1 hour left before senja, kitorang lanjutkan visit ke Tasik Titiwangsa. Sejak cuaca tak menentu ni, susah nak cakap bila je anak aku main kat luar.

Sampai ketemu PNM. Aku akan sedia kan list lain untuk pinjam for next visit.



Sabtu, 21 November 2015

Pelaburan tak de hasil

Selesai dengan kisah makan, hari ni masuk hari ke 4 Faiq Iman susah menyahut panggilan alam. Tak nangis tapi teran yang sangat lama. Tapi hasil nya cuma setitik peluh petani ja.
Sejak aku perasan yang dia tak memberikan apa apa hasil, aku terus start buat diet vege kat dia. Acik acik tengok lah tu. Umi kasi makan cucur sayur dia buat macam makan sup. Seribu tahun pon tak kan abis macam gini gaya nya.

Ye lah bila anak ada masalah lambat berak, susah berak, berak keras etc...air kena monitor..serat kena ambil..bergerak pon jangan lupa.

So pagi ni dengan kejam nya umi angkat Faiq naik moto pergi makan nasi lemak. Tengah menggeliat mata tak leh bukak tu lah dia senyum sebab dia dah kat luar, sikit lagi nak cecah bakul moto. ngeheheheh

Acik acik tau tak yang Faiq dah lama mengidam nak naik moto ayah? Sejak dua menjak hujan ni, bosan betul naik kereta kecik ayah. Tingkap asyik tutup tak dapat nak buat aksi mokhsin main angin.

Masa makan nasi lemak, dia tak de mood sangat nak makan. Maybe sebab perut terlalu penuh. Dari tepi pon perut dah menggunung. Actually, walaupun dia kurang power melabur, selera nafsu makan masih lagi besar. Makan nasi dah suku portion umi. Pastu bila kenyang tepuk perut sebab dah ketat. kahkah.

Lama sikit masa umi baru nak start makan, Faiq dah mula start enjin. Dah mula nak ukur jalan. Abis kucing dia kejar walaupun bila kucing toleh dia mula nak dukung sebab i is takut kucing. Hihi.

Terpaksa lah umi makan sorang sebab sapa nak teman Faiq ukur jalan kalau bukan ayah?

Selesai makan, ayah saja bawak pergi tasik yang tak berapa nak tasik dekat dekat kedai makan tu jugak. Acik acik tengok lah gelagat Faiq ye.
Kiri kanan faiq pandang. Takde pon awek macam selalu.Cuti sekolah naaakkkk. Semua orang balik kampung. Awak je yang tidak.
eh sapa kat belakang ittew?
ececehhhhh
maafkan umi tak pakaikan pampers bebetul. hiks
Tetiba dia buat aksi ni. Dah dah jom la kita balik. (T_T) 






Selasa, 20 Oktober 2015