Isnin, 10 Jun 2019

MAKLONG TAK DAPAT DUIT RAYA

syima, husband and faiq

Syima sebagai maklong rilek je tak dapat duit raya. Dah tua tua ni, tak de mengharap mana pun. Sebab utama ialah maklong kan dah kerja. Kalau tak kerja pun, tetap tak kisah. Yang sepatutnya bagi duit raya to maklong is anak maklong lah. Bukan nya orang lain. Kalau bagi tu dah syukur nikmat sangat. 

syima nyemak sebelah atok dan nenek Faiq so boleh guide dia untuk tertib

And syima dah tanam dalam kepala sesiap yang duit raya is sedekah. Takde jumlah okay. Ikut poket si pemberi. Hatta Faiq dapat duit raya RM1 dari jiran yang hulur dari tingkap kereta (sebab dorang nak keluar dari parking kereta) pun syima okay. 

Budaya bagi duit raya ni pada syima makin sick.
Dalam pemerhatian syima, golongan mak pak kita yang mulakan benda ni jadi sick.
Masa syima layak dapat duit raya dulu, mak pak kita ni momokkan dengan script script berupa

" Along, cepat salam. Dapat duit raya "

" Siapa salam dapat duit raya "

" Yang belajar je dapat duit raya "

etc etc.

Koleksi duit raya. Raya sebulan, tunggu habis raya baru bukak.

Kau dah tanam dalam kepala otak budak kecik yang aktiviti salam tu dapat duit raya, once bila raya kau tak dapat bagi duit raya budak budak boleh question lah. 

Itu yang boleh jadi issue tu.

Dapat pulak parents yang jenis masuk je dalam kereta terus tanya berapa dapat kat rumah si polan. 

" Ha, berapa dapat rumah tok? "

Tak ke budak tu tak pasal pasal belajar untuk cek angpau. Kalau jenis yang cek dalam kereta takpe. Jenis yang mak ayah tak pernah ajar untuk keep quite, mau dia bukak masa tengah melutut salam si pemberi. 

Syima bukan apa, benda ni dari syima sekolah menengah syima dah ada akal dah. 

Takkan korang yang makpak tak boleh pikior?

Angpau paling lawa setakat ni. Petronas mari.

Since syima dah realised benda ni awal, untuk Faiq syima ajar dari dia start pandai salam orang.

Masa mula tu Faiq around umur setahun. Budak kecik ni korang kena faham yang dorang eager untuk bukak sampul nak tengok isi dalam. Korang mak pak boleh guide dorang untuk salam ceremony tu. Kena guide ya, korang pimpin kemudian korang ajak dia salam tuan rumah bila datang bertandang. Kemudian bila tuan rumah nak bagi duit raya, korang kena guide lagi sekali supaya dia faham yang salam bukan bermaksud kompem dapat duit raya. Salam tadi untuk tanda kita jumpa tuan rumah, hormat tuan rumah, jugak perkenalkan diri. 

Automatik lah budak tu reti beza.

Dah salam, dah dapat duit raya, korang cakap lah " ummi simpan angpau ni ". Kalau anak tu merempan nak angpau tu, korang jadi lah bijak sikit, bagi anak korang sampul kosong dua keping. Kan rambang mata anak korang tu. 

Biasakan dari kecik so korang takkan dapat masalah pelik pelik. 

Faiq pulak sekarang dia bengang bila kawan kawan yang lain selamba badak bukak dalam rumah si pemberi. Dia pun nak jugak bukak sampul dia. Dia pun nak tau jugak berapa RM dalam tu since dia dah kenal duit.

So camna nak handle spesies macam Faiq ni?

Angapau paling depan dah koyak. Tak tau masa bila dapat. Jumpa dalam kereta siap terburai isi perut.

Syima ajar Faiq untuk tengok bawah meja. Jauh dari pandangan si pemberi. Kemudian syima just pesan, benda ni rahsia so no one boleh tau. Dia pun dah faham konsep rahsia, so dia diam lah. 

Kebanyakkan masa dia tak sempat nak tengok pun. Kebanyakkan masa tuan rumah yang bijak dia bagi masa salam nak balik. Ada few je lah situasi dia hilang pergi tengok duit raya dalam sampul.

Tapi nak jadi satu cerita, masa salam salam hari tu, ada pulak makcik ni pergi ajar Faiq untuk ask for duit raya. Sedangkan makcik ni takde pun nak bagi duit raya. Tapi dia ajar Faiq untuk ask for it. 

Dari jauh syima memetir. 

" Duit raya tu kan sedekah, tak perlu kita mintak mintak. "

Sekali Faiq repeat balik kat makcik tu. Maybe Faiq blur nak jawab apa dan dia fikir syima pekik tu tengah bagi script kat dia. 

Terkedu makcik tu. 

Makcik, please lah stop ajar anak anak ni benda buruk. 

Buruk tau kalau kita ajar anak meminta minta gitu. Nak nak duit raya yang memang jadi isu dalam masyarakat melayu. 

Tu belum cerita, standard pemberian duit raya yang ditetapkan netizen. Aje pening kalau kita nak ikut standard tu sedangkan gaji kita bukan sama dengan tukang create.

tunggu orang siap be like. raya 2019

Zaman syima dibesarkan, syima keluarga yang tengah tengah. Belah sana orang senang, which kompem kalau raya sana dapat duit raya. Yang belah sini, kalau dapat tu jackpot sebab orang sini cukup cukup makan. 
So syima boleh relate to the viral situation.

Niat orang nak memberi boleh jadi terbantut tau tak. 

Shaklee Youth Skincare Mask Baru

Bulan ni Youth Skincare keluarkan satu lagi item baru. Purifying clay mask & hydrating gel mask. Dua dua syima dah cuba, sangat best pada kulit. Promo bulan ni beli 2 mask dapat free organza bag dan berus nak sapu mask. Terus beli boleh terus guna tak perlu menggagau kedai cari berus. Nak beli boleh whatsapp syima 0183252507.