Dua tiga hari ni cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap mendung, kejap ribut. Memandangkan dah berjanji dengan Faiq and cousins nak bawak mandi manda, we choose Kolam Renang DBI je senang. Tak perlu nak risau kepala air ke bagai.
Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh |
Kolam renang DBI, kolam renang stadium kira tempat yang sama lah. Nama lain nya, Pusat Akuatik Tuanku Zara. Orang sini just sebut kolam stadium je. Lokasi memang terletak kat Stadium Ipoh. Kat mana ada Stadium Badminton Ipoh, Stadium Bola Ipoh, situ jugak lah tempat ni.
Masa operasi dan harga tiket kolam renang |
Korang kena rancang nak masuk pukul berapa. Yang kitorang sikit punya yakin nak masuk sesi petang 2pm sampai 5pm rupanya sesi petang bermula jam 1 ptg sehingga 4 ptg. Dah lah masa sampai dah pukul 3. Lepastu tak sedar pulak tu waktu operasi. Dapat lah cecah air kejap je ha. Bising budak budak tu.
8 beranak punya tiket |
Kolam paling cetek |
Kolam ada 4 ketinggian. 2 sesuai untuk kanak kanak, 2 lagi sesuai untuk dewasa. Faiq cam biasa, melawat kawasan dulu dengan tempat paling tak dalam. Kalau kira, setakat paras lutut dia je kolam yang ni. Sensorang lah dia berteman dengan ayahnya kat kolam cetek ni. Cangkung pun still nampak lutut haha.
Berkenaan pemakaian, kali ni kolam renang stadium lebih strict sikit berbanding sebelum renovate. Untuk kolam kanak kanak, anything yang longgar tak boleh masuk kolam. Kat papan ingatan, dah ditulis pakai swimsuit, tapi kolam cetek ni still lepas lagi lah tshirt and legging. Kalau palazo, baju muslimah yang besar gila tu tak boleh. Tudung besar macam telekung pun merbahaya.
Untuk kolam dewasa, 100 % swimsuit only.
No food allowed jugak sebab dah ada cafe.
Kedai makan kolam renang stadium |
Kedai makan ni atau syima panggil cafe lah up sikit even the build macam mamak je tengok nya, takde ape pun dijual. Yang ada masa tu megi cup, hotdog dan sedara mara, air tin, air juice oren and hot drink instant.
Tak sempat lunch |
But, harga okay. Reasonable. Megi cup RM2.50, 100 plus RM2.70.
Kalau dulu, ada macam koperasi. So ada buah potong, ada keropok, air yang ringan ringan banyak jenis. Tapi kali ni kurang sangat. Entah sebab tender problem ke, atau memang camni syima tak sempat interview.
Maybe kalau ada nasi lemak ke, yang macam nasi goreng frozen kat 7Eleven ok kot. Sebab dah tak boleh bawak food luar kan.
Sikit peringatan buat yang nak datang kesini. Syima bukan lah a good advisor, tapi ini berdasarkan apa yang terjadi masa kunjungan syima ke sana.
Buat mereka yang memakai barang kemas seperti rantai, gelang dan anting-anting, boleh tanggalkan di rumah kalau dah plan nak mandi manda. Tak kisah lah mandi sungai ke mandi kolam.
Semalam ada parents yang dah kerugian rantai besar dan labuh. Barang kemas nya hilang masa mandi tak sedar masa bila. Pergerakan kita masa dalam air ni is unpredictable. Hempasan yang kita rasa sikit kadang tu boleh buat emas yang ringan tertanggal dari badan. Just imagine pada akak semalam tu berapa dia rugi sebab rantai tu labuh dan tebal.
Nangis tak berlagu lah sampai next raya.
Toilet perempuan kolam renang |
Toilet lelaki kolam renang |
Toilet syima rasa ok je cuma bilangan tu macam tak kena. Syima perasan cubicle untuk tukar baju lagi banyak dari shower room. Shower room ada 10 je kot. Tu pun banyak yang takde kunci. So struggle sikit lah nak atur anak anak mandi masa belah nak balik.
Ada perkhidmatan locker dalam toilet. Ada yang menjaga masa syima tengok tu. Maybe ada bayaran. Syima tak check. Sebab belah locker tu quite gelap even nampak tukang jaga. Haha.
Tapi tu lah, syima keep nak compare dengan kolam ni sebelum renovate. Sebelum ni kawasan berumput lebih banyak. So bagus untuk budak berkaki ayam. Now ada berapa petak sawah je kawasan berumput nya. Syok lagi lah dulu kot eh.
Dulu bila ada kawasan berumput, nak bawak tikar untuk bentang bawah pokok tu okay lah sikit. Ada gaya gaya picnic. Now dah takde macam tu.
Syima appreciate dengan gaya sekarang, so okay je lah. Kita layan je. Maybe nak satu level dengan namanya yang gah as Pusat Akuatik Tuanku Zara. Takkan nama dah hebat, tapi kita nak bawak attitude bentang tikar pulak kan.
Kawan wakaf tak banyak, so a bit susah kalau hari yang ramai pengunjung. Bukan semua orang nak letak barang dalam locker. Tapi tu semua kita boleh didik.
Nanti kita tengok masa kunjungan lain.
Jemput mandi manda korang.