Ahad, 16 Jun 2019

TIPS BERAYA TAPI DIET


Since kita masih dibulan Syawal, syima yakin each one of us terima banyak jemputan rumah terbuka. 

Sekarang dah jadi trend untuk warga kota untuk buat rumah terbuka. Sesuai peredaran semasa, rumah terbuka lebih mesra majlis buat tuan rumah yang sibuk bekerja.

So sehari yang buat rumah terbuka tu, terus settle satu kampung punya beraya.

Tapi rumah terbuka bukan bermakna hari hari lain kita mengamalkan rumah tertutup okay? Just to make us easier sebenarnya.

Rata rata orang sekarang pun dah faham kalau rumah kita both bekerja, sukar untuk terima tetamu pada hari bekerja.

memenuhi jemputan walaupun on diet

Syima dah dapat jemputan rumah terbuka since sebelum 1 Syawal lagi tau.

Since syima dalam misi nak kempiskan perut dan hilangkan spare tyre, syima jadi berat nak attend majlis bertema kan makan makan ni. 

Syima yakin korang yang nak loose weight pun macam syima jugak kan.

So today syima nak beri tips beraya tapi diet.

satay panas panas tanpa kuah kacang

1. Mulakan dengan protein dan fiber. 
Makanan rumah terbuka sering kali mempunyai hidangan menggembirakan. Tapi mulakan jelajah makanan korang dengan protein dan fiber, kemudian baru makanan yang menggembirakan. Kita sedang cuba mengenyangkan perut first. Syima prefer, semangkuk buah buahan dan kemudian protein.

2. Jangan 100% sihat.
Untuk mengelakkan mood down sebab takde makanan nak makan, enjoy lah makan makanan open house secara berpada-pada. Tak perlu 100% sihat. Anda boleh plan calories anda. Pastikan ada ruang buat kuih muih beraneka macam dan juadah raya. Petang nanti kita bersukan lah.

makan tengah hari di rumah terbuka

3. 1 Kali rumah terbuka = 1 kali meal
Anggap setiap rumah terbuka sebagai kedai makan atau rutin makan korang. Budget setiap 1 rumah spend lebih kurang 400 calories. So korang akan lebih enjoy 5 hingga 6 hidangan sehari. Mana ada orang duduk kedai makan 24 jam mentekedarah kan?

4. Cut calories air
Most of rumah terbuka sekarang dah sediakan air mineral pada hemat syima. Cut calories air manis untuk spend pada makanan. Kan lebih happy macam tu?

5. Keep calm dan enjoy your food
Takpe untuk sekali sekala diet ke laut. Tapi pastikan cuma untuk beberapa hari sahaja dan bukan selamanya. Balance kan dengan bersukan, balance kan di hari hari yang tidak jemputan rumah terbuka dan puasa 6.

Sekian tips mudah buat korang yang nak jaga weight loss bulan puasa dari naik mendadak di bulan Syawal. 



Buat yang mencari set kurus mengikut budget dan keperluan, korang boleh click pic diatas untuk pilihan yang ada. 

Utamakan pemakanan dan aktiviti sukan, tambah supplement untuk lebih extra weight loss. 

Selamat maju jaya.